spot_img
spot_img

Trump hantar surat kepada Iran gesa rundingan nuklear

spot_img

ISTANBUL: Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump pada Jumaat mengesahkan beliau telah menghantar surat kepada Pemimpin Tertinggi Iran, Ayatollah Khamenei, menggesa rundingan bagi menghalang Iran daripada membangunkan senjata nuklear, lapor Anadolu Ajansi (AA).

Dalam surat dihantar pada Khamis itu, Trump menekankan keutamaannya terhadap pendekatan diplomasi berbanding tindakan ketenteraan, menurut laporan Axios yang memetik pratonton temu bual dengan Fox Business Network.

“Saya katakan bahawa saya berharap anda akan berunding kerana ia akan menjadi jauh lebih baik untuk Iran,” kata Trump.

- Advertisement -

Beliau turut menegaskan bahawa “alternatif lain” adalah AS terpaksa mengambil “sesuatu tindakan” kerana “anda tidak boleh membiarkan mereka memiliki senjata nuklear.”

Awal minggu ini, Russia menyatakan bahawa ia bersetuju untuk membantu Trump dalam usaha bekerjasama dengan Iran mengenai program nuklear negara itu.

Kenyataan Trump dibuat ketika pentadbirannya memberi isyarat bercampur-campur mengenai Iran.

- Advertisement -

Walaupun berikrar untuk mengenakan semula tekanan maksimum ke atas Tehran, beliau juga menyeru kepada satu “perjanjian damai nuklear yang disahkan.”

AS menarik diri daripada perjanjian nuklear Iran di bawah Rancangan Tindakan Komprehensif Bersama (JCPOA) pada 2018, dengan mengenakan sekatan ketat dan mengasingkan Iran secara diplomatik. – Bernama

 

 

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img