spot_img

Pandacredit dikuasakan oleh TnG e-wallet dilancarkan

spot_img

Foodpanda telah bekerjasama dengan TNG Digital, syarikat di sebalik TNG eWallet, untuk memperkenalkan ‘Pandacredit’.

Pandacredit ialah ciri e-dompet bersepadu yang direka untuk meningkatkan pengalaman pembayaran untuk pengguna, menurut laporan SoyaCincau.

Tidak seperti e-dompet yang berdiri sendiri, Pandacredit terbina dalam Touch ‘n Go eWallet dan bertujuan khusus untuk menyimpan dan menggunakan kredit Foodpanda.

- Advertisement -

Sebelum ini, pelanggan sudah boleh membayar untuk pesanan Foodpanda mereka menggunakan Touch ‘n Go eWallet, tetapi Pandacredit memperkenalkan ganjaran pulangan tunai yang boleh digunakan untuk pembelian masa hadapan.

Foodpanda juga menyerlahkan bahawa ciri baharu itu membolehkan bayaran balik yang lebih pantas, menjadikan transaksi lebih lancar untuk pengguna.

- Advertisement -

Untuk mengaktifkan Pandacredit, pengguna mesti memautkan (link) akaun Foodpanda dan TNG eWallet mereka, yang boleh dilakukan dari mana-mana aplikasi dengan menavigasi ke bahagian akaun, memilih Pandacredit dan mengklik ‘Pautkan TNG eWallet.’

Setelah dipautkan, pembayaran akan ditolak daripada baki TNG eWallet terlebih dahulu, dengan mana-mana Pandacredit yang tersedia digunakan secara automatik untuk mengimbangi kos pesanan.

Walau bagaimanapun, baki Pandacredit hanya boleh digunakan pada Foodpanda dan tidak boleh ditukar kepada tunai.

Secara automatis dan tetap, pengguna yang telah mengaktifkan Pandacredit akan menerima bayaran balik sebagai kredit, tetapi mereka mempunyai pilihan untuk melaraskan tetapan mereka dalam apliaksi Foodpanda untuk menerima bayaran balik melalui kaedah pembayaran asal mereka.

Baki Pandacredit dihadkan pada RM500, dan sebarang bayaran balik yang melebihi had ini akan dikembalikan secara automatik kepada sumber pembayaran asal.

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img