spot_img

AS jual kerakyatan dengan harga AS$5juta

spot_img

WASHINGTON, 26 Feb — Presiden AS Donald Trump mengumumkan rancangan untuk menjual permit pemastautin “kad emas” (gold card) baru pada harga AS$5 juta setiap satu — dan berkata oligarki Rusia mungkin layak memohon.

Trump berkata penjualan visa terbaru itu, versi harga tinggi bagi kad hijau tradisional (green card), akan membawa masuk usahawan yang mecipta pekerjaan dan pembelian itu boleh digunakan untuk mengurangkan defisit AS.

“Kami akan menjual kad emas. Anda mempunyai kad hijau, ini adalah kad emas. Kami akan meletakkan harga pada kad itu kira-kira AS$5 juta,” kata Trump kepada pemberita di White House.

- Advertisement -

Presiden dari parti Republikan itu, yang telah menjadikan pengusiran berjuta-juta pendatang tanpa izin sebagai keutamaan dalam penggal keduanya ini, berkata kad baharu itu akan menjadi laluan kepada kerakyatan AS yang sangat berharga.

“Ramai orang mahu berada di negara ini, dan mereka akan dapat bekerja dan menyediakan pekerjaan serta membina syarikat,” kata Trump. “Ia akan menjadi  (daripada) orang yang mempunyai wang.”

Penjualan kad itu akan bermula kira-kira dua minggu lagi, tambah Trump.

- Advertisement -

“Kami akan dapat menjual mungkin satu juta kad ini. Kami telah menyelesaikan semuanya dari sudut undang-undang,” tambah Trump.

Bekas taikun hartanah jutawan itu berkata bahawa semua pemohon untuk kad emas baharu itu akan disemak dengan teliti.

Tetapi ditanya sama ada orang kaya Rusia juga boleh memohon, Trump berkata ia adalah satu kemungkinan.

“Mungkin. Saya mengenali beberapa oligarki Rusia yang merupakan orang yang sangat baik. Ia mungkin,” kata Trump. “Mereka tidak kaya seperti dahulu. Saya rasa mereka boleh. Saya rasa mereka mampu membeli AS$5 juta.”

Sebilangan oligarki Rusia telah terkena sekatan barat sejak pencerobohan Moscow ke atas Ukraine tiga tahun lalu.

Trump telah menyebabkan kejutan di kalangan negara-negara Eropah dengan tiba-tiba membuka rundingan dengan Rusia untuk menamatkan perang, di tengah-tengah kebimbangan bahawa AS tidak akan memihak kepada Ukraine.

Presiden AS memberitahu pemberita bahawa penarikan sekatan ke atas Rusia mungkin (akan berlaku) “pada satu ketika” tetapi tidak pada masa ini.

Setiausaha Perdagangan AS Howard Lutnick, berdiri di sebelah Trump di Pejabat Oval, berkata tentang kad emas bahawa “kita boleh menggunakan wang itu untuk mengurangkan defisit kita.”

Trump, yang telah menjenamakan beberapa siri hotel dan kasino dalam kerjaya perniagaan yang panjang, malah mencadangkan kad baharu itu juga boleh dinamakan sempena namanya.

“Ada orang berkata, ‘Bolehkah kita memanggilnya kad emas Trump?’ Saya berkata, ‘Jika ia membantu, gunakan nama Trump,'” katanya.

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img