KUALA LUMPUR: Empat pegawai yang mempunyai kaitan dengan bekas perdana menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob telah ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
Sumber dipetik berkata pegawai berkenaan dibawa ke Mahkamah Majistret Putrajaya pada Jumaat (21 Feb) untuk permohonan reman.
Perintah reman itu dikeluarkan Majistret Irza Zulaikha.
Tiga pegawai direman lima hari sehingga Selasa (25 Feb), manakala seorang lagi direman selama tiga hari dan dibebaskan pada Ahad (23 Feb).
Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Azam Baki ketika dihubungi mengesahkan kes itu disiasat mengikut Seksyen 16a Akta SPRM.
“Kami berharap orang ramai dapat memberi ruang kepada SPRM untuk menjalankan siasatan tanpa sebarang spekulasi,” katanya.
Dua hari lepas, bekas perdana menteri itu jatuh pengsan dan dikejar ke hospital di ibu negara. Hari ini beliau dilaporkan berada di dalam keadaan stabil