spot_img
spot_img

PROTON sudah tidak peduli pengedar bumiputera

spot_img

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen pembangkang merayu kerajaan khususnya Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) membantu syarikat pengedar bumiputera Proton Holdings Bhd. (Proton).

Datuk Seri Ikmal Hisham Abdul Aziz (PN-Tanah Merah) berkata, ketika ini banyak wakil pengedar bumiputera Proton telah gulung tikar dan ramai dalam lagi yang akan mengikuti jejak untuk gulung tikar.

- Advertisement -

Ini kerana, dakwa beliau, pengedar bumiputera khususnya yang menguruskan pusat operasi 1S didakwa dianaktirikan Proton di bawah pengurusan Zhejiang Geely Holding Ltd (Geely).

“Contohnya di bandar raya Kuala Lumpur ini, tidak ada satu pun pengedar Proton bumiputera, jadi saya mohon MITI bantu pengedar bumiputera ini daripada pupus dalam pengedaran kenderaan Proton,” katanya dalam sidang Dewan Rakyat hari ini.

Dalam pada itu, Ikmal Hisham turut  kesal selepas mendakwa Geely memungkiri janji terhadap kerajaan berhubung projek pemasangan kenderaan elektrik keluaran syarikat berkenaan.

- Advertisement -

Dakwa beliau, Geely sebelum ini berjanji untuk memasang kenderaan elektrik mereka di pusat automotif milik Proton di Tanjung Malim, Perak namun kemudiannya mengumumkan memindahkan projek itu ke Thailand.

“Sebelum ini janji kepada kerajaan nak pasang kereta elektrik di Malaysia yang mana kerajaan sudah bagi pelbagai insentif dan geran untuk mereka pasang kereta elektrik dan akan diedarkan di Asia Tenggara.

“Tetapi baru-baru ini mereka umumkan yang mana kereta elektrik mereka akan dipasang di Thailand, bukannya di Malaysia, jadi nampaknya kita telah diperdaya oleh Geely,” katanya.

 

 

Sumber – MalaysiaGazette

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img