spot_img
spot_img

RM60juta untuk lapangan terbang Perak

spot_img

PETALING JAYA: Kerajaan persekutuan meluluskan peruntukan RM60 juta untuk mengembangkan landasan lapangan terbang Sultan Azlan Shah, kata Pengerusi DAP Perak Nga Kor Ming.

Nga, menteri perumahan dan kerajaan tempatan, berkata inisiatif ini bertujuan untuk mengoptimumkan penggunaan lapangan terbang dan akan dijalankan dalam dua fasa, lapor Sinar Harian.

Fasa pertama sedang berjalan dengan peruntukan RM8 juta, manakala baki RM52 juta akan digunakan untuk fasa kedua, tambahnya.

- Advertisement -

“Pembesaran lapangan terbang itu adalah berita yang menakjubkan, hadiah istimewa Tahun Baru Cina daripada perdana menteri kepada rakyat Perak.

“Ia seperti mimpi menjadi kenyataan selepas bertahun-tahun menunggu projek ini direalisasikan,” kata ahli parlimen Teluk Intan itu.

Nga melahirkan keyakinan bahawa naik taraf lapangan terbang itu akan memangkin pertumbuhan ekonomi di Perak, khususnya membolehkan produk dari negeri itu dieksport tanpa melalui lapangan terbang Antarabangsa Pulau Pinang atau KLIA.

- Advertisement -

Ia juga akan menghubungkan Perak ke lebih banyak destinasi, termasuk kemungkinan laluan baharu ke Thailand dan Jepun.

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img