spot_img
spot_img

Selepas Mastura, giliran Muhyiddin pula ‘bayar’ kepada DAP

spot_img

KUALA LUMPUR, 24 Jan — Tan Sri Muhyiddin Yassin, Pengerusi Perikatan Nasional (PN) telah membayar wang penghakiman RM1.4 juta kepada Lim Guan Eng berhubung saman fitnah berhubung status pengecualian cukai Yayasan Albukhary.

Ini berlaku selepas beberapa hari, ahli parlimen Kepala Batas dari dalam gabungan PN yang sama; PAS,  Siti Mastura Muhammad telah menyelesaikan ganti rugi dan kos kerana memfitnah Lim Kit Siang, Lim Guan Eng, dan Teresa Kok.

Image result for mastura bayar

- Advertisement -

Menurut Free Malaysia Today (FMT), peguam Lim, Guok Ngek Seong, mengesahkan bahawa Muhyiddin memindahkan baki RM1 juta ke dalam akaun pelanggan (client account) firma itu semalam, sebelum tarikh akhir 27 Januari. Tambahnya, RM400,000 permulaan telah dibayar pada Disember lalu.

Pada 16 Disember, Muhyiddin diberikan penangguhan bersyarat penghakiman oleh Hakim Roz Mawar Rozain. Sebagai sebahagian daripada syarat penangguhan, dia dikehendaki membayar RM400,000 menjelang 31 Disember, dengan baki RM1 juta perlu dibayar pada 27 Januari.

Muhyiddin telah memfailkan rayuan dengan Mahkamah Rayuan mencabar kedua-dua liabiliti dan jumlahnya.

- Advertisement -

8 November lalu, Mahkamah Tinggi memutuskan memihak kepada Lim, memberikannya ganti rugi RM1.35 juta dan kos RM50,000.

Mahkamah mendapati Muhyiddin telah memfitnah bekas menteri kewangan itu melalui kenyataan yang dibuat di Facebook pada Mac tahun sebelumnya.

Kenyataan ini menuduh Lim mempengaruhi Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) untuk membatalkan status dikecualikan cukai sebuah pertubuhan kebajikan Islam dan mengenakan cukai dan penalti 45 peratus ke atas yayasan itu untuk tahun-tahun sebelumnya semasa berkhidmat sebagai menteri kewangan.

Muhyiddin juga memfitnah Lim dengan mendakwa bahawa perintah untuk membatalkan status pengecualian cukai yayasan itu berpunca daripada Lim, kerana LHDN berada di bawah kuasanya pada masa itu.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img