spot_img
spot_img

Indonesia denda Google RM55 juta

spot_img

Agensi antimonopoli Indonesia telah mengarahkan Google membayar denda IDR202.5 bilion (~RM55.2 juta) kerana melaksanakan amalan perniagaan yang tidak adil dan monopoli. Secara khususnya, saman tersebut ditujukan pada dasar Pengebilan Google Play untuk pasaran aplikasi Indonesia.

Menurut Suruhanjaya Pengawasan Persaingan Perniagaan Indonesia (KPPU), dasar Google Play menetapkan bahawa pembangun hanya boleh menggunakan Pengebilan Google Play (GPB) untuk aplikasi mereka. Agensi itu berkata bahawa pembangun akan berisiko untuk ‘ditendang’ keluar aplikasi mereka daripada Google Play jika mereka tidak mematuhi dasar ini.

Selain itu, Google juga mengenakan kadar bayaran perkhidmatan antara 15% hingga 30% ke atas pembangun. KPPU berkata, kadar bayaran perkhidmatan yang tinggi dan sekatan ke atas kaedah pembayaran alternatif memberi impak besar kepada pembangun termasuk perlu menaikkan harga aplikasi dan produk dalam aplikasi mereka untuk menampung kos.

- Advertisement -

Kenaikan harga bersama-sama dengan kekurangan pilihan pembayaran alternatif mungkin menjauhkan beberapa bakal pelanggan daripada aplikasi mereka. Akhirnya, ini boleh menjejaskan hasil pemaju menurut KPPU.

Selain daripada denda dengan nilai yang besar itu, Google juga perlu menghentikan pelaksanaan mandatori GPB di Indonesia. KPPU juga telah mengarahkan syarikat untuk mengurangkan sekurang-kurangnya 5% daripada yuran perkhidmatan Google Play selama 1 tahun kepada semua pembangun yang melaksanakan sistem Pengebilan Pilihan Pengguna untuk aplikasi mereka.

Sementara itu, KPPU berkata bahawa Google mempunyai 30 hari untuk membayar denda IDR202.5 juta. Sekiranya syarikat gagal berbuat demikian, ia perlu membayar tambahan 2% daripada nilai denda setiap bulan.

- Advertisement -

Dalam satu kenyataan kepada Reuters, Google berkata ia akan merayu keputusan itu. Bagaimanapun, Google perlu menyediakan jaminan bank IDR40.5 bilion (~RM11 juta) yang bersamaan dengan 20% daripada nilai denda, sebelum ia boleh melalui proses rayuan.

Google bukan satu-satunya gergasi teknologi yang mengalami ketegasan kerajaan Indonesia sejak akhir-akhir ini. Tahun lepas, Indonesia mengharamkan penjualan iPhone 16 selepas Apple tidak memenuhi peraturan lama negara itu di mana 40% komponen dalam telefon pintar perlu dihasilkan secara tempatan.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img