spot_img
spot_img

Kerajaan pusat beri RM30juta naik taraf klinik kesihatan Johor

spot_img

JOHOR BARU, 18 Jan — Kerajaan pusat memperuntukkan lebih RM30 juta untuk menaik taraf 47 klinik kesihatan yang telah usang di Johor tahun ini.

Pengerusi jawatankuasa kesihatan dan alam sekitar negeri Ling Tian Soon berkata langkah itu melibatkan kerja-kerja menaik taraf infrastruktur dan menggantikan peralatan perubatan lama.

“Kita telah mengenal pasti 47 klinik kesihatan uzur dan usang di negeri ini akan diberi keutamaan untuk kerja-kerja menaik taraf demi keselesaan pengguna.

- Advertisement -

“Sebelum ini, sebanyak 98 klinik di seluruh Johor telah dinaik taraf dari 2023 sehingga Disember lalu,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di pasar raya besar Lotus Bukit Indah di sini hari ini.

Katanya, proses tender akan bermula pada Mac dan dijangka siap sebelum Oktober mengikut jadual ditetapkan.

Terdahulu, Ling mengiringi Menteri Besar Johor Datuk Onn Hafiz Ghazi semasa pelancaran rasmi Projek Locker4U 2025 dan inisiatif Perkhidmatan UMP yang diadakan di pasar raya besar itu.

- Advertisement -

Ling yang juga ADUN Yong Peng berkata, tiga klinik kesihatan yang sedang dinaik taraf itu terletak di Gelang Patah, Majidee dan Tebrau di sini.

Tambahnya, ketiga-tiga klinik kesihatan itu hampir siap dengan peruntukan RM4 juta.

“Infrastruktur dan kemudahan kemudahan kesihatan seperti penyaman udara, perabot dan peralatan bukan perubatan juga telah diganti.

“Bagi peralatan perubatan khusus seperti mesin ultrasound, ia akan dipasang dalam masa terdekat,” katanya sambil menambah menteri besar juga berhasrat untuk menyumbang ambulans kepada tiga klinik kesihatan itu sebagai sebahagian daripada sumbangannya.

Sementara itu, Ling berkata tiada kemudahan kesihatan terjejas akibat banjir yang melanda lima daerah di negeri ini baru-baru ini.

Beliau berkata semua fasiliti kesihatan berada dalam keadaan operasi yang baik dan tidak terjejas akibat banjir.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img