spot_img
spot_img

Kenapa loji penapisan air Johor tidak dibangunkan ?

spot_img

Kuala Lumpur 17 Jan: Tun Dr Mahathir hari ini mempersoalkan pihak-pihak yang berkenaan tentang loji penapisan air yang masih belum didirikan di negeri Johor.

Tun Dr Mahathir telah memberikan peruntukan untuk mendirikan loji tapis air di Johor sebelum beliau meletakkan jawatan pada 2003. Ini untuk menghentikan kebergantungan Johor untuk membeli semula air yang ditapis dari Singapura yang membeli air mentah dari Johor dengan harga yang murah sekali.

Perdana Menteri dua kali itu sedar bahawa ramai mengkritiknya berkenaan beliau sering membangkitkan isu Singapura dan Malaysia, terutamanya isu penjualan pembelian air yang merugikan negara.

- Advertisement -

Pihak pengkritik Tun Dr Mahathir mendakwa harga air yang dirawat akan meningkat naik akibat dari kenaikan harga jualan air mentah kepada Singapura.

“Jika ini (loji penapisan air) dibangun soal kenaikan harga air tapis dari Singapura tidak timbul. Saya tidak tahu kenapa loji ini tidak didiri. Selepas saya letak jawatan, projek jambatan bengkok dan landasan kembar keretapi juga digugur”, tegas Tun Dr Mahathir yang menafikan masalah kenaikan harga air akan berlaku (jika loji siap di Johor).

“Tidak ada sebab kenapa loji tapis ini tidak boleh didirikan sekarang. Ancaman Singapura menaikkan harga air tapis bukan masalah”, katanya lagi.

- Advertisement -

Beliau juga berkata kerajaan Madani gagal dalam menangani isu dengan Singapura termasuk masalah ruang udara Malaysia, jambatan bengkok dan Central Provident Fund Singapura.

“Sebaliknya perjanjian baru dibuat yang lebih menguntungkan Singapura”, katanya

Untuk rekod, hingga kini Malaysia masih menjual air mentah kepada Singapura dengan 3 sen 1000 galen sejak dari 1961 lagi. Malaysia pula membeli semula air yang telah dirawat dari Singapura sebanyak 50 sen 1000 gelen.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img