Akhirnya, Justin Trudeau meletak jawatan sebagai Perdana Menteri Kanada pada hari semalam (Isnin).
Tindakan itu dibuat selepas beberapa minggu beliau menerima tekanan daripada rakan-rakannya dalam partinya sendiri, Parti Liberal Kanada di tengah-tengah perpecahan yang ketara dan semakin meningkat mengenai cara pentadbirannya mengendalikan hubungan dengan Presiden Amerika Syarikat (AS) yang baru, Donald Trump yang kembali menjadi Presiden kali ke dua.
Trump mengumumkan di media sosial selepas kemenangannya semula baru-baru ini, yang merancang untuk memperkenalkan tarif cukai 25 peratus ke atas barangan dari Kanada, yang menyebabkan Trudeau menjadi tidak bijak menangani ‘saranan’ itu, di mana Perdana Menteri Kanada itu mencuba dengan ketara agar hubungannya dengan Trump menjadi positif sebelum Trump mengangkat sumpah Presiden pada akhir bulan ini .
Sehari selepas mendedahkan idea itu, Trudeau segera terbang ke Mar-a-Lago, kononnya untuk melakukan ‘kawalan kerosakan’ (damage control).
Semasa pertemuan itu, muncul laporan yang memperincikan bagaimana Trudeau, 53, merayu kepada Trump untuk tidak mengenakan tarif dan mendakwa ia akan membunuh ekonomi Kanada.
Dengan melihat reaksi lemah pemimpin Kanada itu, Trump terus mencadangkan bahawa negara jiran di utaranya itu boleh menjadi negeri ke-51 Amerika, dan pada minggu-minggu berikutnya Trump mengejek pemimpin Kanada itu dengan memanggilnya Gabenor Trudeau.
Sebab Trump mahu mengenakan tarif cukai ke atas Kanada adalah disebabkan untuk menekan Ottawa supaya melakukan lebih banyak lagi usaha untuk mengetatkan sempadan dan berhenti meloloskan pendatang tanpa izin ke A.S.
Peletakan jawatan Trudeau berlaku pada hari yang sama Kongres mengesahkan keputusan pilihan raya presiden AS 2024 sebagai kemenangan untuk Trump untuk mengambil semula jawatan Presiden.
Sementara itu, Parti Liberal di Kanada menetapkan mesyuarat tergempar pada hari Rabu ini untuk membincangkan cara menangani keretakan yang semakin meningkat dalam parti itu, tetapi Trudeau telah meletakkan jawatan sebelum mesyuarat itu berlaku.
‘Saya berhasrat untuk meletak jawatan sebagai Ketua Parti, sebagai Perdana Menteri, selepas Parti memilih pemimpin seterusnya melalui proses kompetitif yang mantap, di seluruh negara,’ Trudeau mengumumkan dalam ucapan yang disampaikan dalam bahasa Inggeris dan kemudian dalam bahasa Perancis.
Semasa ucapan di kediaman Rideau Cottage di Ottawa, Kanada pada pagi Isnin, Trudeau membuat pengumuman bahawa beliau akan berundur.
Trudeau berkhidmat sebagai Perdana Menteri Kanada sejak November 2015 dan menetap di Rideau Cottage bersama keluarganya. Beliau dan isteri Sophie, yang berkongsi tiga orang anak, telah bercerai pada Ogos 2023.
Di tengah-tengah laporan mengenai peletakan jawatan Trudeau yang akan berlaku minggu ini, Dolar Kanada mula melonjak selepas penurunan besar yang memecahkan rekod bulan lepas.
Perletakan jawatan Trudeau dibuat selepas Timbalan Perdana Menteri Kanada Chrystia Freeland berundur pada pertengahan Disember. Ketika keluar dari pintu, Freeland menyebut perbezaannya dengan Trudeau tentang cara Perdana Menteri menangani presiden Trump dan cadangan untuk cukai tarif.
Kanada sedang bersiap sedia untuk pilihan raya umum pada penghujung Oktober tahun ini.
Pernah menjadi pemimpin politik yang sangat popular, Trudeau telah jatuh merudum dari populariti rakyat Kanada dalam beberapa tahun kebelakangan ini – terutamanya di tengah-tengah peningkatan Trump menjadi terkenal akibat berhaluan ekstrem dan anti pendatang.. Hanya satu jika lima warga Kanada kini merasakan negara mereka menuju ke arah yang betul dengan Trudeau menerajuinya.
Trudeau sering bercakap besar tentang bagaimana Kanada lebih baik dalam mengalu-alukan pendatang dan pendatang baru berbanding negara barat yang lain. Namun pendekatan itu memberikan impak negatif padanya di mana rakyat Kanada tidak suka kepada kebanjiran imigran, ditambah dengan terpengaruh dengan naratif Trump di negara jiran.
Pada bulan Disember, hanya sebulan selepas memenangi penggal kedua, Trump mengumumkan idea baharunya untuk tarif cukai kepada barangan Kanada.
Beliau mendedahkan rancangan untuk mengenakan cukai 25 peratus ke atas barangan dari Mexico dan Kanada sebagai balasan kerana enggan membantu lebih banyak lagi dalam krisis penyeludupan dadah dan penghijrahan imigran.
Dan bagi China pula, Trump mahukan tarif tambahan 10 peratus lagi di atas tarif cukai yang sedia ada kepada negara itu.