spot_img
spot_img

Lori mengancam nyawa pengguna jalanraya negara sekian lama

spot_img

Pemandu dan pengguna di Malaysia sememangnya sudah lama berasa tidak selamat dengan kenderaan komersial lori dan jentera berat.

Lebuhraya di Malaysia menjadi tidak selamat dengan kehadiran lori-lori dan bas yang semakin banyak seiring dengan kerancakan ekonomi di dalam sektor lojistik.

Kenderaan berat bertambah, namun jalan raya negara, khususnya lebuh raya majoritinya masih kekal dengan bilangan lane atau saiz jalan raya sama seperti tahun awal 2000.

- Advertisement -

Kenderaan komersial berat ini tidak seperti di negara maju di mana ia kelihatan baru dan diselenggara baik, di jalan raya Malaysia pula lori-lori ini dilihat seperti ‘jentera hantu’ yang menyeramkan. Ia sering dilihat dalam keadaan uzur. Kegagalan kenderaan berat ini berfungsi dengan baik, sering menyebabkan kesesakan di lebuh raya, malah ada brek kenderaan ini tidak berfungsi hingga melanggar semua kenderaan apabila turun dari bukit.

Statistik ini boleh dilihat sendiri pada operator lebuhraya betapa banyaknya kemalangan yang disebabkan oleh kenderaan berat.


(jika bertembung dengan lori, alamatnya ‘makan tak habis’ bak kata pepatah)

- Advertisement -

Penguatkuasaan dari kerajaan bukan sahaja harus memeriksa kenderaan berat itu, tetapi pemandu-pemandu lori juga harus diberikan panduan atau peraturan syarat wajib untuk syarikat ‘tokey-tokey’ lojistik ini menggaji pemandu lori.

Pemandu lori mesti mempunyai latihan saban tahun dan mereka bukanlah diambil bekerja dari kalangan orang yang sudah tidak ada harapan untuk memperoleh kerja lain. Pemandu lori harus mempunyai pendidikan dan rekod sivil yang baik.

Semua ini kerajaan harus bertindak bertegas kerana ia melibatkan nyawa rakyat Malaysia yang menggunakan jalan raya.

(Salah satu kemalangan traler pada April 2024 hingga menutup lebuhraya di Melaka)

Hari ini, kita dikejutkan dengan kerugian nyawa rakyat Malaysia akibat tayar lori yang tercabut sehingga menyebabkan kemalangan banyak kenderaan dengan tragis sekali di Lebuhraya PLUS. ‘Lori’ itu telah mengorbankan tujuh nyawa termasuk lima daripada keluarga sama, semalam

Kemalangan berlaku di Kilometer 204.0 lebuh raya arah utara sekitar jam 8.30 malam, membabitkan sebuah bas persiaran, sebuah treler, dan sebuah MPV Toyota Estima yang membawa lapan ahli keluarga, menurut laporan akhbar harian Melayu Sinar Harian hari ini.

Ketua Polis Daerah Alor Gajah Superintendan Ashari Abu Samah berkata, tayar hadapan kanan lori Foton terlepas dan mendarat di lorong tengah.

Sebuah bas persiaran dalam perjalanan ke selatan melanggar tayar, menyebabkan pemandu hilang kawalan dan terbabas ke laluan bertentangan.

“Bas itu bertembung dengan sebuah treler arah utara, yang kemudian merempuh penghadang jalan sebelum melanggar Perodua Bezza dan MPV Toyota Estima,” jelas Ashari.

Rempuhan itu mengakibatkan pemandu MPV itu maut, Khairul Izwan Mazupi, 32; isterinya, Fadzlenna Ramli, 32; anak bongsu mereka, Muhammad Umar Khairul Ikhwan, 2; Bapa Fadzlenna, Ramli Ab Wahab, 66; bersama pemandu bas persiaran, Noorisnien Khamid, 56, dan seorang penumpang bas yang tidak dikenali.

Dua kanak-kanak yang terselamat daripada keluarga itu, berusia 4 dan 7 tahun, sedang menerima rawatan di zon kecemasan Hospital Melaka.

Ashari mengesahkan kesemua kenderaan yang terlibat dalam kemalangan itu telah disita untuk pemeriksaan, dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Mayat mangsa telah dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Melaka untuk bedah siasat.

Di Johor Bahru pada hari yang sama, seorang pemandu lori maut dipercayai diserang sakit jantung dalam kemalangan membabitkan empat kenderaan di Jalan Station semalam.

Ketua Polis Daerah Johor Baru Selatan Asisten Komisioner Raub Selamat dalam satu kenyataan semalam berkata, kejadian berlaku sekitar jam 1.30 tengah hari ketika lelaki berusia 30 tahun itu memandu lori berkenaan untuk menghantar bekalan perubatan di pusat bandar.

“Setiba di lokasi kejadian, mangsa disyaki mengalami serangan jantung dan hilang kawalan menyebabkan lori terbabit merempuh sebuah pacuan empat roda dan dua kereta diletakkan di sebelah kanan jalan.

Hari ini Menteri Pengangkutan Anthony Loke berjanji akan mengambil tindakan tegas kepada syarikat kenderaan berat itu.

Pada masa yang sama, pengguna jalan raya Malaysia mahukan penguatkuasaan yang ketat kepada syarikat-syarikat lojistik.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img