PETALING JAYA: Pendakwaan beberapa kes sejurus pilihan raya umum ke 14 pada 2018 lalu kebanyakkannya adalah tidak sempurna kerana ia dilakukan secara tergesa-gesa, kata Perdana Menteri Anwar Ibrahim.
Mengulas mengenai pembebasan Datin Seri Rosmah Mansor atas pertuduhan pengubahan wang haram, Anwar berkata pendakwaan kes yang bermula sekitar masa itu dilakukan “sikap berdendam” oleh mereka yang baru mendapat kuasa pada ketika itu.
Beliau juga mengulangi penafiannya terhadap sebarang penglibatan dalam pembebasan Rosmah dalam kesnya.
“Biarlah proses itu diteruskan. Sebagai perdana menteri, saya mesti berjaga-jaga dengan apa yang saya katakan. Biar mahkamah buat keputusan. Saya ada pandangan, tetapi saya tidak boleh masuk campur,” katanya pada sidang media hari ini.
Pada Oktober 2018, Rosmah, yang merupakan isteri bekas perdana menteri Najib Razak, mengaku tidak bersalah atas 12 pertuduhan pengubahan wang haram, membabitkan RM7,097,750, dan lima pertuduhan gagal mengisytiharkan pendapatannya kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri.
Perdana menteri ketika kes itu dibawa ke atas Rosmah ialah Dr Mahathir Mohamad, yang memegang jawatan itu pada kali ke 2 pada 10 Mei 2018.
Pihak pendakwaan telah memfailkan rayuan kepada Mahkamah Rayuan untuk membatalkan pembebasan Rosmah.
Pembebasan Rosmah pada Khamis minggu ini telah mencetuskan kritikan sesetengah pihak, terutamanya pembangkang serta beberapa NGO pro-pembangkang menggesa Anwar menetapkan garis masa yang jelas untuk pengasingan fungsi pendakwa raya daripada Jabatan Peguam Negara. Mereka juga mendakwa kononnya perlantikkan AG dipengaruhi oleh perdana menteri.
Seorang pemimpin veteran kanan DAP juga telah meminta Pakatan Harapan menjelaskan dengan jelas kepada penyokong asas pembebasan Rosmah dengan dakwaan ia akan menjejaskan agenda reformis PH dan menghakis keyakinan orang ramai terhadap komitmen kerajaan terhadap keadilan dan kedaulatan undang-undang.
Perdana Menteri Anwar Ibrahim juga mahu semua pihak menghormati kebebasan kehakiman. “Hakim membuat keputusannya, dan Peguam Negara (AG) juga merasakan ada alasan untuk rayuan, jadi rayuan itu diteruskan”, kata beliau yang menegaskan tidak campur tangan dalam urusan perundangan.
“Terdapat terlalu banyak perkara yang tidak masuk akal dan kemunafikan yang ditujukan kepada saya mengenai perkara ini. Saya tidak pernah mendengar pengkritik ini bercakap tentang berbilion-bilion yang disia-siakan dari negara ini (dahulu). Saya ada masalah dengan itu!” katanya kepada pemberita semasa mesyuarat hari ini.
Foto : malaymail