spot_img
spot_img

Jangan manja atau harap keistimewaan bila masuk parti politik

spot_img

KUALA LUMPUR 17 Disember: Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin hari ini melontarkan nasihat kepada ahli parti itu untuk sentiasa mempunyai kekuatan diri dan tidak mengharapkan sebarang keistimewaan sewaktu menyertai wadah politik.

Beliau berkata, dalam sebuah parti politik yang besar, wujud pelbagai budaya termasuklah perilaku cah keting (sabotaj) dan adalah penting untuk mereka menjadikannya sebagai satu cabaran.

- Advertisement -

(Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin – Menteri Pertahanan)

“Mana-mana pertubuhan parti, macam-macam budaya ada dan sebagai orang politik, kita perlu mempunyai kekuatan. Tidak boleh bermanja-manja untuk masuk parti, tidak boleh mengharapkan keadaan untuk mendapatkan keistimewaan.

“Apa pun dalam sebuah organisasi yang mempunyai ramai ahli, macam-macam budaya ada dan di sinilah kita didedahkan dan membina kekuatan, memahami serta mengatasi cabaran untuk dihadapi.

- Advertisement -

“(Jadi) saya nak kata (perilaku sabotaj) ada, tiada, saya nak kata tiada, ada… jadi masing-masinglah,” katanya dalam sidang akhbar di Parlimen semalam.

Semalam, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz yang juga Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) menegaskan, beliau tidak membuat keputusan mengenai keahlian mana-mana parti walaupun disebut oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ada perbincangan awal mengenainya dengan pihak berkaitan.

Tambahnya, beliau sendiri amat terkejut dengan kenyataan kepimpinan partinya mengenai perkara itu malah mengakui, tidak menerima sebarang panggilan daripada pucuk pimpinan UMNO untuk bertanyakan isu sebenar.

“Saya percaya rakyat Malaysia sudah muak dengan politik remeh dan tidak sihat. Ini termasuk serangan belakang tabir tanpa asas, agenda cah keting dan sebagainya, terutama sekali kerana saya yakin apa yang rakyat mahu bukan politik ekstrem tetapi usaha kita semua untuk membina rakyat dan negara.

“Ramai maklum isu ini sudah saya ketengahkan sebelum ini dalam konteks UMNO Selangor tetapi malangnya perkara ini masih membelenggu UMNO Selangor,” katanya.

Mengulas lanjut, Mohamed Khaled berkata, setakat ini tiada perbincangan mengenai isu Tengku Zafrul di kalangan pemimpin tertinggi UMNO.

Katanya, ia termasuklah perbincangan mengenai tindakan yang akan diambil parti terhadap Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO.

Sementara itu, Menteri Besar Perak dan juga Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO Datuk Seri Saarani Mohamad menasihati Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz supaya terus taat setia kepada parti.

(Mentri Besar Datuk Saarani Mohamad – MALAY MAIL/Farhan Najib)

Saarani yang juga Menteri Besar Perak berkata, budaya ahli politik bertukar parti dalam Kerajaan Perpaduan tidak boleh dibiarkan kerana hanya akan menimbulkan rasa curiga dan hilang percaya antara parti komponen.

“Yang ini (isu Tengku Zafrul) kita kata daripada UMNO nak masuk PKR. Kemungkinan selepas ini ada (ahli) PKR nak masuk UMNO. Jadi kedua-duanya tak cantik. Kepada ahli parti, bersetialah kepada satu-satu parti,” katanya selepas menyempurnakan Majlis Apresiasi Gerakan Koperasi Perak di Kelab Golf Diraja Perak semalam.

Saarani berkata, jika dibenarkan berlaku ahli politik bertukar parti, ia akan menjadi suatu isyarat yang salah kepada generasi muda.

Manakala Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi pula memberi amaran tegas supaya semua parti yang membentuk Kerajaan Perpaduan mengelak daripada ‘mencuri’ ahli atau pemimpin parti lain dalam gabungan itu.

 

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img