spot_img
spot_img

Portal MYSite untuk memilih tapak industri dilancar

spot_img

KUALA LUMPUR: Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) dan Persekutuan Pekilang-Pekilang Malaysia (FMM) melancarkan Portal Pemilihan Tapak MYSite (MYSite Selection Portal), sebuah platform digital inovatif yang akan mengubah cara pemilihan tapak industri di Malaysia.

Selain platform digital itu, MIDA dan FMM turut melancarkan Direktori Taman Perindustrian Malaysia, sebuah direktori komprehensif yang menyediakan maklumat terperinci mengenai taman perindustrian di seluruh Malaysia.

Timbalan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI), Liew Chin Tong berkata, sasaran Malaysia adalah untuk membina rantaian bekalan yang berdaya tahan untuk pelbagai industri, termasuk sektor strategik seperti semikonduktor.

- Advertisement -

(Liew Chin Tong)

“Portal Pemilihan Tapak MYSite dan Direktori Taman Perindustrian Malaysia akan memudahkan perjalanan ini dengan membolehkan pelabur mengenal pasti kawasan yang paling sesuai untuk operasi mereka dan memanfaatkan ekosistem pembuatan kita yang kukuh dan matang.

- Advertisement -

“Selain itu, taman perindustrian di Malaysia perlu dirancang semula secara berani untuk menangani masalah stagnasi gaji dan memastikan kelangsungan ekosistem pembuatan negara.

“Ia perlu melangkaui sekadar menjadi projek hartanah dan berkembang menjadi hab integrasi rantaian bekalan, komuniti yang boleh didiami, dan tempat untuk mengekalkan bakat,” katanya semasa Majlis Pelancaran Portal Pemilihan Tapak MYSite dan Direktori Taman Perindustrian Malaysia di sini, semalam.

Dalam pada itu, Chin Tong berkata, sebagai sebahagian daripada usaha untuk menarik pelaburan bernilai tinggi, Malaysia sedang membangunkan sistem penarafan bintang untuk menilai dan menggredkan taman perindustrian di seluruh negara.

“Ia dijadualkan untuk dilancarkan pada 2025, bertujuan memberikan pelabur penilaian yang jelas dan telus mengenai taman perindustrian, membolehkan mereka membuat keputusan yang lebih baik mengenai tempat untuk menubuhkan operasi mereka,” katanya.

Beliau menyatakan bahawa sistem penarafan bintang (star rating system) yang sedang dimuktamadkan oleh MIDA akan mengambil kira pelbagai kriteria, termasuk kualiti infrastruktur, kesalinghubungan, ciri kemampanan, dan kesediaan untuk teknologi Industri 4.0.

“Dengan menstandardkan penilaian ini, kerajaan berharap dapat mewujudkan persaingan sihat antara taman perindustrian, mendorong penambahbaikan dalam kemudahan dan perkhidmatan yang ditawarkan kepada pelabur.

“Sistem penarafan ini akan membolehkan industri mengenal pasti lokasi yang paling sesuai untuk keperluan mereka dan memastikan keselarasan yang lebih baik dengan keutamaan ekonomi Malaysia. MIDA dijangka menyiapkan kerja ini tahun depan dan melancarkannya secara rasmi pada 2025,” katanya.

 

 

Sumber – UTUSAN

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img