spot_img
spot_img

Kanak-kanak Palestine terus menjadi mangsa bedilan roket dan bom pengganas Zionis Israel

spot_img

Kuala Lumpur: Ketika awal serangan gila Israel pada Oktober dan November 2023, angka kematian dilaporkan membabitkan kanak-kanak Palestin di Semenanjung Gaza adalah seramai 3,900 mangsa.

Namun serangan kejam tanpa henti tentera pengganas Israel menyaksikan angka itu kini melonjak lebih tiga kali ganda kepada 14,000 korban kanak-kanak dengan 800 daripadanya bayi berusia tidak sampai setahun.

Ribuan lagi kanak-kanak masih hilang atau maut tertimbus di bawah runtuhan kediaman dan bangunan yang diletupkan tentera Israel menggunakan bom berangkai atau roket Hellfire.

- Advertisement -

Ketika ini Gaza menjadi tanah perkuburan terbesar di dunia untuk beribu-ribu kanak-kanak Palestin tidak berdosa. Ia bukan serangan ‘tersasar’ kepada pejuang Hamas sebaliknya sebahagian misi genosid terancang Israel bagi menghapuskan generasi muda Palestin.

Sementara itu, Presiden Muslim Care Malaysia Society (MCM), Zulkifli Wahijan berkata, ancaman terhadap nyawa kanak-kanak Palestin di Gaza melangkaui serangan bom dan roket Israel.

Menurutnya, lebih sejuta kanak-kanak Gaza kini mengalami krisis makanan dan air bersih untuk minuman.

- Advertisement -

“Kapasiti pengeluaran air di Gaza kini hanyalah lima peratus daripada pengeluaran harian biasa.

“Ramai kanak-kanak terutama bayi mengalami kematian akibat kekurangan air atau dehidrasi melampau. Ancaman ini semakin meningkat selain isu jangkitan penyakit selain pelbagai ancaman kesihatan lain,” katanya.

Berdasarkan laporan agensi Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu (PBB), Gaza kini turut mempunyai bilangan kanak-kanak cacat per kapita tertinggi di dunia kesan letupan bom disasarkan Israel.

Ramai kanak-kanak di Gaza kehilangan anggota badan dan terpaksa menjalani pembedahan tanpa anestesia atau bius.

“Semua kanak-kanak Gaza kini terdedah kepada pengalaman derita peperangan yang akan kekal seumur hidup.

“Mereka ini tidak mempunyai akses yang cukup kepada air, makanan, bahan api dan ubat-ubatan. Rumah mereka sudah musnah; keluarga mereka hilang atau mati. Malah anak-anak kecil ini terpaksa hidup berpindah-randah berulang kali demi menyelamatkan nyawa,” katanya.

“Amat menyedihkan baru-baru ini apabila tiga warga Palestin termasuk dua kanak-kanak dan seorang wanita mati dibunuh tentera Israel ketika sedang beratur mendapatkan roti di tengah Gaza.

“Adakah kanak-kanak yang kelaparan dan berdepan krisis kebuluran ini menjadi ancaman besar kepada tentera Israel?” ujarnya.

Menurutnya, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menganggarkan lebih daripada 22,500 mangsa atau satu daripada empat orang yang cedera atau cacat kesan serangan di Gaza memerlukan rawatan susulan pemulihan.

Mangsa yang terselamat namun mengalami kecacatan ini mengalami penderitaan fizikal selain traumatik akibat pengalaman ngeri dilalui,

Berdasarkan angka terkini dikumpulkan Kementerian Kesihatan Palestin sejak serangan Israel bermula 7 Oktober 2023, jumlah kematian penduduk Palestin di Gaza meningkat kepada 44,502 mangsa selain 105,454 lagi mengalami kecederaan parah.

Zulkifli berkata, MCM meneruskan gerak kerja bagi menyalurkan sumbangan ke Tebing Gaza walaupun berdepan pelbagai rintangan sejak serangan Israel bermula 7 Oktober 2023.

“Setakat ini MCM sudah menjalankan 23 misi bantuan membabitkan sumbangan makanan yang dimasak dan diagihkan, air minuman, pek bungkusan makanan, keperluan sanitasi, tepung gandum, daging korban, susu bayi dan pelbagai keperluan lain.

“Selain itu MCM berjaya menyalurkan dana bantuan dalam bentuk pembinaan surau, pemasangan panel solar, tangki air, khemah pelarian, kelas tahfiz Al-Quran, bantuan kewangan bagi pasukan pertahanan awam Gaza dan anggota paramedik,” katanya.

Menurutnya, sebanyak RM6 juta sudah disalurkan MCM hasil sumbangan rakyat Malaysia dan usaha itu akan diteruskan demi memastikan nasib rakyat Palestin terus terbela.

Zulkifli berkata, pihaknya masih mengalu-alukan sumbangan orang ramai yang boleh disalurkan ke akaun RHB Islamic Bank 26212000004747 atau Maybank 564490211159.

 

 

Sumber : Harian Metro

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img