Acara untuk menghormati pemberi pinjaman wang dan pajak gadai atau lebih mesra dengan gelaran ‘ceti’, yang dianjurkan oleh kementerian perumahan dan kerajaan tempatan yang mana menterinya ialah naib pengerusi DAP Nga Kor Ming, telah mencetuskan kegusaran awam dan mencetuskan banyak negatif dari netizen,
Ia dilihat bahawa parti dominasi kaum Cina iaitu DAP menggunakan kedudukannya dalam kerajaan untuk memberi ganjaran kepada industri yang dilihat sebagai sebahagian daripada ekosistemnya, dan ia merupakan industri yang dipelopori oleh kaum tersebut kerana melibatkan riba.
Pada 15 Nov, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan telah menganjurkan Anugerah Kredit Madani 2024, yang menghimpunkan peminjam wang dan syarikat pajak gadai yang memberi perkhidmatan kepada mereka yang tidak boleh mendapat pinjaman daripada bank atau sebagai last resort bagi mereka yang terdesak memerlukan wang.
Majlis anugerah itu, yang dianjurkan bersama dengan persatuan peminjam wang dan pajak gadai, adalah yang pertama kali seumpamanya di Malaysia. Belum pernah mana-mana kerajaan di negara ini sebelumnya meraikan para pemain di sektor ini.
Menurut portal MalaysiaNow, idea untuk menganjurkan acara itu datang daripada Nga Kor Ming sendiri.
Majlis itu diadakan di Hotel Berjaya Times Square turut dihadiri oleh pemilik hotel itu sendiri, jutawan hartawan Vincent Tan.
Sumber KPKT yang tidak mahu dikenali berkata, objektif utama acara itu adalah untuk menghapuskan persepsi negatif orang ramai tentang industri pinjaman wang dan memulihkan imej negatif para pemain industri itu.
Syarikat pinjaman ialah pemberi pinjaman wang tanpa kebenaran yang telah menjadi sasaran oleh agensi penguatkuasaan undang-undang seperti polis berikutan peningkatan jenayah kekerasan terhadap peminjam yang gagal melunaskan hutang mereka.
Tahun lepas, terdapat lebih 4,400 peminjam wang berlesen dan 881 pajak gadai dengan nilai pasaran hampir RM25 bilion.
Antara syarikat yang diberi penghormatan dengan pelbagai anugerah pada majlis tersebut ialah Juara Partners Sdn Bhd, Choong Thye Pawnshop Sdn Bhd, Kekal Impian Sdn Bhd, Stratford Credit Pawnshop Sdn Bhd, Semuamas Resources Sdn Bhd, Choong Yee Pawnshop Sdn Bhd, GHL Payments Sdn Bhd , Pajak Gadai Ion Sdn Bhd, Pajak Gadai Moneymax (Sungai Way) Sdn Bhd dan OSK Capital Sdn Bhd.
Semakan pantas di laman web beberapa syarikat oleh MalaysiaNow mendedahkan pelbagai tawaran pinjaman peribadi.
Salah satu syarikat mengenakan penalti 8% untuk pembayaran lewat, manakala syarikat lain menawarkan pinjaman bercagar untuk hartanah.
Terdapat komen yang bertimbun di media sosial, mengkritik inisiatif KPKT terhadap perniagaan pinjaman wang.
“Kadar faedah mereka sangat tinggi. Ia lebih mudah untuk meminjam wang dan lebih mudah untuk bangkrup,” kata salah satu daripada ratusan komen pada klip viral acara itu.
Seorang lagi pengulas berkata bahawa kementerian perlu menyemak secara berhati-hati sama ada pemberi pinjaman wang berlesen mematuhi undang-undang dan peraturan yang berkaitan.
“Cuba buat pinjaman, walaupun jumlahnya kecil. Lihat apa yang berlaku selepas dua hari. Berapa kadar (faedah) naik?” tulis Jamil Rais.
Ketika dihubungi, sebuah organisasi yang sering mengetengahkan nasib mangsa peminjam wang yang tidak bertanggungjawab berkata walaupun acara itu tidak melanggar mana-mana undang-undang, orang ramai masih bimbang tentang perniagaan pinjaman wang, sama ada sah atau tidak.
Pertubuhan Kemanusiaan Antarabangsa Malaysia (MHO) berkata terdapat banyak syarikat pemberi pinjaman berlesen yang melanggar undang-undang dan memanipulasi perjanjian pinjaman dengan pelanggan yang tidak curiga.
“Jika diberi pilihan, adalah lebih baik kementerian menganjurkan program kesedaran untuk mendidik orang ramai mengenai peminjam wang daripada mengadakan majlis anugerah untuk meraikan syarikat-syarikat tersebut,” kata Ketua Setiausaha MHO Hishamuddin Hashim.