spot_img
spot_img

Petros terburu-buru, rundingan dengan Petronas belum muktamad

spot_img

PETALING JAYA: Petroliam Nasional Berhad (Petronas) memaklumkan masih dalam perbincangan dengan Sarawak Petroleum Berhad (Petros) berhubung cadangan pelaksanaan Ordinan Pengagihan Gas (DGO).

“Perbincangan berterusan bertujuan untuk menyelaraskan kepentingan dan objektif semua pihak di samping memelihara keluhuran pengaturan kontrak sedia ada dan memastikan komitmen kepada pelabur serta pelanggan dapat terus dipenuhi,” katanya dalam kenyataan.

Kenyataan Petronas itu sebagai maklum balas terhadap kenyataan Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Openg bahawa perundingan yang berlarutan telah diselesaikan secara rasmi.

- Advertisement -

Menurut Abang Johari, Petronas pada dasarnya bersetuju bahawa Petros akan berfungsi sebagai pengumpul gas tunggal untuk Sarawak.

“Kita akan meneruskan usaha sebagai agregator,” katanya.

Abang Johari menambah bahawa walaupun butiran lanjut akan dibincangkan, perjanjian itu mengukuhkan peranan utama Petros dalam pengurusan gas Sarawak.

- Advertisement -

Beliau berkata, Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak, Datuk Sri Julaihi Narawi telah menerima pemberitahuan tidak rasmi, dengan surat rasmi yang mengesahkan pengaturan untuk diikuti.

Resolusi ini dibuat selepas kerajaan Sarawak menetapkan tarikh akhir tiga bulan untuk Petronas menyelesaikan isu pengagihan gas dengan Petros pada 28 Julai.

Kerajaan Sarawak sebelum ini memutuskan bahawa Petros akan mengambil alih peranan dalam semua aktiviti jual beli gas asli di negeri itu bermula 1 Julai lalu, namun Petronas meminta penangguhan pelaksanaan pengambilalihan itu kerana pengagihan gas ke Loji LNG di Bintulu akan terjejas.

Berikutan itu, kerajaan Sarawak memberi tempoh lanjutan tiga bulan kepada Petronas untuk memuktamadkan susunan penyeliaan pengagihan gas di Sarawak dengan Petros dan tempoh itu berakhir pada Oktober.

Namun, dengan kenyataan terbaharu Petronas, kedudukan rundingan di antara kedua-dua pihak kembali menjadi teka-teki industri.

 

 

Sumber – UTUSAN

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img