Bursa Malaysia pun memprotes Bajet 2025😭
1.Prestasi saham sesebuah Negara merupakan indikator utama yg menunjukkan kedudukan atau keadaan ekonomi Negara tersebut. Ini adalah kerana pasaran saham merupakan antara alat atau aset pelaburan yg paling mudah untuk dicairkan sekiranya berlaku sesuatu yg negatif dalam Negara tersebut. Sebaliknya, sekiranya muncul aura baru yg positif maka prestasi pasaran saham akan melonjak positif mendahului indikator2 ekonomi yg lain.
2. Bagi Malaysia, prestasi BSKL sebelum dan selepas pembentangan bajet 2025 pada 18/10/24 yg lalu amatlah menyedihkan.😭😭😭😭
3. Ini bermakna Bajet 2025 yg dibentangkan tidak menarik dan gagal untuk meyakinkan para pelabur untuk terus melabur di Negara ini. Penurunan Indeks Komposit yg berterusan menunjukkan Bajet 2025 tidak mesra perniagaan. Para pelabur runcit dan institusi menunjukkan protes ke atas Bajet 2025 dengan menjual pegangan mereka di Bursa.
Kenapa ya?
1. Kenaikan Tahap Gaji Minima dari RM1500 kepada RM1700 kelihatan baik untuk para pekerja TETAPI ingatlah kenaikan gaji minima ini sebenarnya ditanggung oleh para majikan.
2. Kenaikan kos yg ditanggung oleh majikan ini akan di ‘caj’ atau di ‘transfer’ ke atas produk atau perkhidmatan yg dikeluarkan/diberikan oleh majikan.
3. Akhirnya kos ini akan ditanggung oleh kita sebagai pengguna jua akhirnya.
4. Jadi, kenaikan gaji sebanyak RM200 tu dapat lah kita pegang sekejap…sebelum kita bagi balik kepada majikan dan kerajaan.😢
5. Bila gaji naik kos barang akan naik, inflasi akan naik. Orang kampung yg sedang susah akan bertambah susah.😢
Caruman wajib EPF untuk pekerja2 asing.
1. Dalam Bajet 2025, Kerajaan juga mewajibkan semua majikan yg menggaji pekerja asing supaya mencarum dalam EPF. Kenapa EPF perlu jaga kebajikan warga asing pulak?😭
2. Katalah caruman 10% dan caruman ni atas gaji minima RM1700 pulak !!! Jadi gaji minima + caruman EPF = 25% kenaikan kos dalam menjalankan perniagaan dan kos ini ditanggung oleh para majikan😫😫😫
4. Katalah kadar keuntungan perniagaan biasanya dalam 30%…. tolak gaji minima + EPF = dah hilang 25%…Untung tinggal ciput..😝
4. Jadi nak untung balik ke 30%…Samalah majikan terpaksalah transfer kos tu dan akhirnya akan berbalik ke atas muka kita juga.😫
Rasionalisasi subsidi minyak.
1. Selepas diesel, akan tiba pulak giliran RON 95.
2. Secara dasarnya bila minyak naik maka semua barang akan naik.
3. Desas desus akan naik dari RM2.05 ke RM2.76 untuk T15… Kenaikan melebihi 30%😢😢😢
3. Samalah nasib kita para pengguna…akan tanggung apa saja kenaikan harga barang😭
T15 @ RM13000se isi rumah.
1. Ramai cerdik pandai kat Kementerian Kewangan tu…Gaji besar2 pulak… Sapalah yg nasihat PM yg RM13000 tu = T15 😀
2. Lepas bajet 2025, Di Parlimen 2 hari lepas PM kata nak review balik.
3. Ntahlah…pergi balik pergi balik…Bursa tak naik2 sebab hati pelabur pun berbolak balik…😝
Ringkasan saya :
1. Prestasi Bursa yg lemah sebelum Bajet 2025 dan menjadi semakin tidak bermaya selepas Bajet 2025 dibentangkan menunjukkan para pelabur/majikan yg terdiri dari Tokeh2 IKS, tokeh2 kilang, tokeh2 hotel, para kontraktor, para pemaju, tokeh2 ladang memprotes Bajet 2025 ini.👀👀👀
2. Kita sebagai pengguna akan menanggung kenaikan kos2 ini secara sedar atau tidak. Jangan terkejut Tahun 2025 sekali makan RM20 seorang😭
3. Kasihan dan simpati kepada orang2 kampung di desa yg tidak mempunyai pendapatan tetap untuk meneruskan hidup. Juga kepada para keluarga muda yg mempunyai bayi dan anak2 yg sedang di alam persekolahan
4. Paling sayu mengenangkan nasib para mahasiswa/i di IPTA/S yg mana mereka2 ini merupakan bakal2 pemimpin dan pengganti kita di masa akan datang. Bagaimana mungkin mereka akan menjadi pemimpin yg berkualiti di masa akan datang sedangkan mereka kini sedang dililit dengan pelbagai hutang dan cabaran hidup dengan pelbagai kesusahan?😢😢
Sekadar meluahkan protes ke atas intipati Bajet 2025😎
zai abas UTM Skudai