spot_img
spot_img

3 Perkara Orang Bersara Habis Duit Awal

spot_img

Kita menghabiskan sebahagian besar hidup untuk menyimpan wang demi persaraan. Tetapi kadangkala, belanjawan kita tidak selalu berjalan seperti yang dirancangkan.

Kita ambil contoh senario yang berlaku di Amerika Syarikat di mana empat juta rakyat mereka akan berusia 65 tahun tahun – umur yang dikaitkan dengan persaraan – namun ramai daripada mereka akan terus tetap bekerja, sumber The Wall Street Journal melaporkan.

Manakala kira-kira satu pertiga daripada orang dewasa 65 hingga 69 mempunyai pekerjaan, menurut laporan Federal Reserve Bank of Minneapolis. Tinjauan ResumeBuilder.com pula baru-baru ini mendedahkan bahawa satu daripada lapan orang yang telah bersara merancang untuk kembali bekerja pada 2024, hasil daripada kos yang tinggi, inflasi, simpanan yang tidak mencukupi dan kebosanan.

- Advertisement -

Kajian di negara kuasa dunia itu juga mendapati ramai pesara mereka menyesal tentang cara diri sendiri membelanjakan wang mereka. Berikut adalah tiga perkara yang dikatakan pesara mereka membazirkan wang dan terpaksa kembali bekerja. Jadi kita sebagai pemegang portfolio RMSTAR, harus mengambil iktibar agar tidak melakukan perkara yang sama :

Masih Menyara Anak-anak Yang Sudah Dewasa
Semakin ramai pesara di AS dari golongan baby boomer (mereka yang lahir pasca perang Vietnam – AS pada 1960an) terpaksa atau masih menyara anak-anak mereka dari golongan milenium (mereka yang lahir era 1980-an) dan Gen Z (mereka yang lahir tahun 2000 ke atas) mereka sehingga dewasa tetapi ia merugikan mereka untuk bersara.

Mark Lacy, 65 tahun yang berpangkalan di Seattle, telah menyara dua anak lelakinya dari segi kewangan sejak mereka menamatkan pengajian dari sekolah menengah, mengakibatkan kerugian $400,000 dalam dana persaraannya, jelasnya kepada Fortune. Kedua-dua anaknya berusia dalam lingkungan tiga puluhan, dengan perbelanjaan dari tuisyen kolej hingga ke tiket kapal terbang.

- Advertisement -

Sememangnya para ibu bapa amat penyayang. Namun didikan awal adalah penting. Serta perancangan pendidikan mereka agar anak-anak mampu berdikari selepas tamat pengajian. Mereka harus faham bahawa selepas mereka habis belajar, adalah tanggungjawab mereka untuk membangunkan ekonomi mereka sendir hingga berjaya, dan kemudian dapat membantu pula dengan membalas jasa orang tua – atau setidaknya, tidak menghabiskan wang persaraan ibu bapa !

Mengekalkan dan mendiami di rumah yang besar
Gregory Boulware adalah pemandu trak selama 30 tahun sebelum dia bersara pada 2008 tetapi kembali bekerja pada 2020 selepas dia dan isterinya membeli rumah, lapor NBC News.

“Apabila kami tinggal di sebuah apartmen, kami baik-baik saja kerana kami mampu maintain dengan mudah, cuma setiap tahun sewa akan naik,” kata Boulware.

Pasangan itu membeli rumah mereka dengan wang simpanan mereka, yang menyebabkan mereka takut kehilangan rumah. Setiap pembayaran gadai janji (mortgage) adalah satu cabaran, dan kadangkala mereka terpaksa menggunakan dahulu perbelanjaan lain seperti makanan dan ataupun bajet petrol kenderaan untuk menampung ansuran rumah di bank. Akhirnya, Boulware telah mendaftar dalam program latihan pekerjaan untuk orang senior berpendapatan rendah dan telah diambil bekerja sebagai kerani.

Tidak Mempunyai Wang Ekstra
Joyce Fleming, seorang jururawat berusia 70 tahun yang bersara pada 2019, kembali bekerja atas kebimbangan bajet. Kos barangan runcit, perumahan, memiliki kereta dan insurans meroket naik sejak beberapa tahun lalu dan ramai pesara tidak pernah mengambil kira kenaikan kos sara hidup yang berubah secara dramatik mengikut zaman.

Selepas menjaga cucunya semasa wabak Covid19, Fleming memberitahu WSJ bahawa dia mengambil kerja mengendalikan penjualan tiket dan aduan di pusat panggilan pelanggan untuk satu taman tema hiburan. Kini dia bekerja sebagai jururawat dengan gaji lebih tinggi yang lebih dekat dengan rumah untuk membantu menampung kos perjalanan dan pembaikan rumah.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img