spot_img
spot_img

Pembangunan semula kawasan bandar tidak perlu persetujuan 100% penduduk

spot_img

KUALA LUMPUR: Kerajaan akan menggubal undang-undang ba­gi membolehkan pembangunan semula kawasan bandar dilaksanakan tanpa memerlukan per­setujuan sepenuhnya (100 peratus) penduduk terlibat.

Menteri Perumahan dan Ke­rajaan Tempatan, Nga Kor Ming berkata, cadangan penggubalan itu selari dengan negara maju lain yang memiliki undang-undang khusus dalam menentukan hala tuju sebarang pembangunan semula kawasan bandar.

Sebagai contoh, jelasnya, di Singapura hanya memerlukan 80 peratus persetujuan daripada pemilik hartanah untuk kebenaran melaksanakan pembangunan semula bagi bangunan berusia lebih 10 tahun.

- Advertisement -

“Mengikut Akta 757 (Akta Pengurusan Strata), jika terda­pat 1,000 penghuni rumah pang­sa, 999 bersetuju dan seorang bantah, maka projek tidak jalan dan ini kurang munasabah dan melanggar kepentingan awam. Jika bangunan tidak selamat diduduki, kita tidak mahu kejadian seperti Highland To­wers berulang.

“Jadi, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) telah membuat kajian dengan amalan luar negara de­ngan membuat bandingan New Zealand sebanyak 75 peratus, Hong Kong (90 peratus), Australia (75 peratus), British Columbia dan Kanada (80 peratus) dan Singapura untuk bangunan kurang 10 tahun (90 peratus), lebih 10 tahun (80 peratus).

“Maka akta baharu ini cadang­kan consent threshold (persetujuan ambang) tidak kurang daripada 80 peratus, maksudnya daripada 10 orang pemilik, kena dapat persetujuan sekurang-kurangnya lapan orang kerana projek itu boleh dirunding supaya pembaharuan bandar dijana dan dibangunkan,” katanya menjawab soalan tambahan dikemukakan di Dewan Rakyat, di sini semalam.

- Advertisement -

Terdahulu, Suhaizan Kaiat (PH-Pulai) meminta kementeri­an menjelaskan kesesuaian ke­adaan jika terdapat individu membantah sesebuah pembangunan yang ingin didirikan.

 

 

 

Sumber – UTUSAN

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img