London Escorts sunderland escorts www.asyabahis.org www.dumanbet.live www.pinbahiscasino.com sekabet.net www.olabahisgir.com maltcasino.net faffbet-giris.com www.asyabahisgo1.com www.dumanbetyenigiris.com www.pinbahisgo1.com sekabet-giris2.com www.olabahisgo.com www.maltcasino-giris.com www.faffbet.net betforward1.org betforward.mobi 1xbet-adres.com 1xbet4iran.com romabet1.com www.yasbet2.net 1xirani.com www.romabet.top 3btforward1.com 1xbet https://1xbet-farsi4.com سایت شرط بندی معتبر betforward
spot_img
spot_img

PAS boleh bertukar-tukar kerjasama demi kepentingan mereka

spot_img

KUALA LUMPUR: Pas sentiasa mengambil pe­luang bekerjasama dengan ma­na-mana parti asalkan memberi keuntungan kepada parti itu.

Veteran UMNO, Tan Sri Tengku Razaleigh Hamzah berkata, ia jelas dalam misi Pas bera­ngan-angan menghidupkan kembali gabungan politik Muafakat Nasional (MN) yang pernah dimeterai antara parti itu dengan UMNO sebelum ini.

Namun, Ahli Parlimen Gua Musang itu berkata, isu Pas mahu menghidupkan semula MN itu perlu dibawa ke Perhimpunan Agung UMNO (PAU) akan datang.

- Advertisement -

“Pas ini jika tiada per­kara mereka boleh dapat untung, mereka tidak akan bersama dengan UMNO. Pas mahu kekal berkuasa dan jika mereka fikir tiada peluang untuk kekal dalam pemerintahan negara, sudah nampak parti ini awal-awal lari daripada UMNO.

“Lihat apabila kita tubuhkan MN dengan harapan parti dapat jalin secara bersama seperti ge­rakan perjuangan Islam, tetapi awal-awal lagi Pas sudah ‘lari’ dan mahu bekerjasama dengan Bersatu (Parti Pribumi Bersatu Malaysia) kerana sudah kecapi kuasa.

“Pas mahu semua asalkan boleh kecapi apa yang mereka mahu. Dahulu Pas dengan DAP kata akan masuk syurga. Sekarang Pas kata pula DAP kafir harbi. Jadi, Pas boleh bertukar pada bila-bila masa,” katanya kepada Utusan Malaysia.

- Advertisement -

Terdahulu, Pre­siden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang berkata, Pas me­ngadakan pertemuan de­ngan pimpinan UMNO selain Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid dalam usaha menghidupkan kembali MN.

Sementara itu, kata Tengku Razaleigh, Pakatan Harapan (PH) tidak mungkin dapat meminta maaf atas tindakan yang dikatakan sebagai ‘sera­ngan’ terhadap UMNO beberapa dekad lalu sehingga menyebabkan parti itu dipandang buruk.

Katanya, perseteruan antara UMNO dan PH sudah berlalu dan tidak perlu lagi meminta maaf selepas menjalin kerjasama dalam Kerajaan Perpaduan.

Menurutnya, jika PH sebelum ini pernah melemparkan tohmahan dan persepsi buruk terhadap UMNO, Pas sehingga kini masih melakukan perkara sama terhadap UMNO.

“Kalau cerita tentang minta maaf ini, dengan adik-beradik kita pun kita saling mengata, malah dengan kawan-kawan sambil minum kopi pun sama. Kalau mahu minta maaf atas segala perkara, tidak mungkin boleh dilakukan dan perkara ini sudah berlaku.

“Saya tidak tahulah, ini mungkin politik baharu. Tidak terbuat (untuk PH minta maaf). Pas pun sehingga kini maki UMNO juga,” katanya.

Pada 30 September lalu, Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Nur Jazlan Mohamed menggesa PH minta maaf kerana selama berdekad memburukkan parti itu.
Gesaan itu susulan kemena­ngan Barisan Nasional (BN) berturut-turut dalam dua pilihan raya kecil (PRK) sebelum ini dan keputusan PRK di Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota menunjukkan tiada parti tunggal dalam gabungan kerajaan boleh mendakwa menjadi tunjang utama dalam pakatan itu.

Dalam sidang akhbar di Putrajaya pada 8 Oktober lalu, Ahmad Zahid menyifatkan, desakan supaya PH minta maaf kepada UMNO sebagai desakan peribadi segelintir ahli UMNO.

Katanya, PH dan parti komponen lain dalam Kerajaan Perpaduan tidak perlu melayan desakan itu.

Desakan minta maaf bukan pertama kali ditimbulkan kerana Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr. Muhamad Akmal Saleh pada Jun tahun lalu menggesa supaya DAP memohon maaf kepada UMNO atas tohmahan mereka kepada parti itu sebelum ini.

Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke pula meminta beliau berhenti mengungkit kisah lalu dan fokus memperkukuh Kerajaan Perpaduan.

 

 

Sumber – UTUSAN

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img