spot_img
spot_img

Malakoff dan UniKL meterai Surat Hasrat kerjasama latihan teknikal

spot_img

PETALING JAYA: Malakoff Corporation Berhad (Malakoff) menandatangani Surat Hasrat (LOI) bersama Universiti Teknikal MARA Sdn Bhd (UniKL) bagi meneroka potensi kerjasama untuk meningkatkan pengalaman dan pengetahuan industri melalui pelbagai inisiatif.

Ini termasuklah latihan industri bagi para pelajar UniKL sebagai sebahagian daripada program universiti iaitu ‘Memperkasakan Pengindustrian’.

Selain itu, LOI tersebut merangkumi projek penyelidikan bersama dalam bidang-bidang yang memberi kepentingan bersama dan kerjasama ini turut memberikan kedua-dua pihak akses kepada kemudahan penyelidikan dan pembangunan (R&D), serta membolehkan mereka mendapatkan geran kerjasama penyelidikan.

- Advertisement -

Melengkapi kerjasama ini, Malakoff akan meningkatkan kemahiran dan keupayaan kakitangan teknikal mereka melalui program latihan yang tepat pada masanya, serta memastikan tenaga kerja sentiasa terkehadapan dalam standard industri.

Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Malakoff, Anwar Syahrin berkata, Malakoff teruja untuk menyediakan fasiliti dan kepakaran bagi meningkatkan kemahiran bakat muda di UniKL.

Beliau yakin bahawa generasi muda yang serba lengkap adalah penting bagi memacu negara ke arah mencapai sasaran peralihan tenaga dan memastikan masa depan yang mampan.

- Advertisement -

“Di Malakoff, pengalaman luas kami di dalam industri tenaga, digandingkan dengan usaha produktif kami di dalam inisiatif tenaga boleh diperbaharui (TBB) seperti projek nyah karbon terkini di loji termal kami di Johor telah menempatkan kami di barisan hadapan kemajuan industri.

“Selaras dengan perkembangan industri yang pesat, kami sentiasa meningkatkan kemahiran berpasukan kami untuk kekal relevan. Kami juga komited untuk berkongsi pengetahuan terkini dengan generasi muda.

“Dengan memperkasakan mereka dengan pengetahuan serta kepakaran terkini, kita sebenarnya sedang mengasuh pemimpin masa depan yang bakal memacu kemajuan negara dan akhirnya memupuk pertumbuhan ekonomi yang mampan,” katanya dalam kenyataan.

Majlis pertukaran dokumen antara Ketua Pegawai Sumber Manusia Malakoff, Raja Iskandar Raja Mukhtaruddin dan Pengerusi UniKL, Datuk Seri Sh Mohmed Puzi Sh Ali telah diadakan di Kampus BMI UniKL di Gombak, Kuala Lumpur sambil disaksikan oleh Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (MARA), Datuk Wira Dr. Asyraf.

 

 

Sumber – UTUSAN

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img