London Escorts sunderland escorts www.asyabahis.org www.dumanbet.live www.pinbahiscasino.com sekabet.net www.olabahisgir.com maltcasino.net faffbet-giris.com www.asyabahisgo1.com www.dumanbetyenigiris.com www.pinbahisgo1.com sekabet-giris2.com www.olabahisgo.com www.maltcasino-giris.com www.faffbet.net betforward1.org betforward.mobi 1xbet-adres.com 1xbet4iran.com romabet1.com www.yasbet2.net 1xirani.com www.romabet.top 3btforward1.com 1xbet https://1xbet-farsi4.com سایت شرط بندی معتبر betforward
spot_img
spot_img

Sarawak minta kerusi parlimen tambahan

spot_img

KUCHING: Sabah dan Sarawak mahukan satu pertiga daripada kerusi parlimen demi untuk menjaga hak kedua-dua negeri, kata seorang menteri Sarawak.

Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah (gambar) mendakwa bahawa ini adalah hasrat pemimpin awal negara semasa Malaysia ditubuhkan pada 1963 dan Perlembagaan Persekutuan digubal.

Beliau berkata perkara itu berlandaskan apa yang tertulis di perlembagaan yang merupakan tunjang negara ini.

- Advertisement -

Abdul Karim menjawab pendapat bahawa tiada peruntukan perlembagaan untuk Sabah dan Sarawak diberi satu pertiga daripada kerusi Parlimen.

Sabtu lalu (12 Okt), pakar perlembagaan Prof Dr Nik Ahmad Kamal Nik Mahmood berkata permintaan untuk satu pertiga daripada kerusi adalah berdasarkan perlindungan dalam laporan Suruhanjaya Cobbold, Perjanjian 20 Perkara Sabah dan Perjanjian 18 Perkara Sarawak, bukan berdasarkan Perlembagaan Persekutuan.

Bagaimanapun, Abdul Karim berkata hasrat pengasas negara mesti dihormati dan diambil kira dalam memberikan permintaan negeri-negeri Borneo untuk satu pertiga daripada kerusi parlimen.

- Advertisement -

Beliau berkata apabila Malaysia ditubuhkan, jumlah ahli parlimen dari Sabah, Sarawak dan Singapura berjumlah lebih satu pertiga.

“Apabila Singapura keluar pada 1965, 15 kerusi mereka tidak diagihkan di antara Sabah dan Sarawak sebaliknya diberikan kepada Semenanjung Malaysia, memberikan mereka lebih dua pertiga kerusi parlimen.

“Ini bermakna secara teknikal mereka boleh membuli melalui sebarang pindaan Perlembagaan, malah hak Sabah dan Sarawak.

“Ini bukan apa yang ada dalam fikiran nenek moyang kita,” kata Abdul Karim.

Tambahnya, persempadanan semula kawasan pilihan raya sepatutnya mencerminkan satu pertiga perwakilan Sabah dan Sarawak di Dewan Rakyat bagi memastikan hak mereka seperti yang termaktub dalam Perlembagaan tidak akan terhakis.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img