spot_img
spot_img

Pemuda Bersatu ‘berimpikan’ ketua seperti Dr Akmal dari UMNO

spot_img

PETALING JAYA: Ketua Pemuda Bersatu yang akan tamat jawatannya, Wan Ahmad Fahysal Wan Ahmad Kamal berkata penggantinya mestilah lantang seperti ketua Pemuda Umno, Dr Akmal Saleh, dan bekerjasama dengan baik dengan Pemuda PAS.

(Dato’ Dr Akmal Saleh – Ketua Pemuda UMNO)

- Advertisement -

Wan Fahysal, yang mengetuai sayap pemuda parti itu sejak 2020, berkata penggantinya mestilah lantang seperti Dr Akmal, terutama dalam membangkitkan isu nasional.

Tempoh had umur Pemuda Bersatu ialah 35 tahun. Mereka menggelarkan pergerakkan sayap itu sebagai Armada.

Memandangkan Bersatu dan Umno kedua-duanya berusaha menawan segmen pengundi yang sama, golongan muda Melayu dan sederhana,  Wan Fayhsal berkata pentingnya Armada dipimpin oleh orang yang mempunyai karisma sebagai seorang bakal menteri.

- Advertisement -

Wan Fayhsal yang juga ahli Parlimen Machang yang bertanding atas bendera PAS berkata menjadi ketua pemuda tidak boleh hanya ‘menembak’ secara membabi buta tetapi harus mempunyai strategi dan menjadi jurucakap kepada rakyat.

Pada pemilihan Bersatu bulan depan, jawatan Ketua Pemuda Bersatu akan direbut diantara Akmal Zahin Zainal Zahir, pengerusi tetap sayap itu, dan Hilman Idham, ADUN Gombak Setia, Selangor.

Wan Fayhsal berkata sesiapa yang menggantikannya mesti bekerjasama dengan baik dengan Pemuda PAS, perkongsian yang katanya membawa kepada jentera pilihan raya yang mantap yang menyebabkan Bersatu menang di kawasan majoriti Melayu pada pilihan raya umum sebelum ini.

Beliau berkata jentera Pemuda Perikatan Nasional (PN) yang beliau himpunkan bersama Pemuda PAS bukan sahaja begitu yakin, malah tidak pernah timbul sebarang rasa tidak percaya. Adalah penting untuk PAS yakin dengan Pemuda Bersatu kerana PAS adalah tonggak utama PN.

Wan Fayhsal berkata penggantinya mestilah “bersih dan bebas skandal” yang dengan itu tidak akan ragu-ragu untuk menegur atau mencabar Perdana Menteri Anwar Ibrahim.

Anak muda Malaysia tidak berminat dengan pemimpin yang mempunyai beban politik dan mahukan seseorang yang berintegriti, katanya, kerana pemimpin yang bermasalah akan menyukarkan pembangkang untuk mengekalkan penyokong terasnya – orang Melayu konservatif dan penyokong Umno yang menyokong PN sebagai protes.

“Jika kita kehilangan kepercayaan penyokong teras kita kerana pemimpin yang bermasalah, kita akan kehilangan pilihan raya umum akan datang,” katanya.

Namun pemimpin Bersatu juga kini telah didakwa di mahkamah di dalam beberapa kes rasuah dan salah guna kuasa seperti Jana Wibawa, minyak masak bersubsidi, Bestari Net serta projek-projek negeri kepada ahli keluarga.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img