London Escorts sunderland escorts 1v1.lol unblocked yohoho 76 https://www.symbaloo.com/mix/yohoho?lang=EN yohoho https://www.symbaloo.com/mix/agariounblockedpvp https://yohoho-io.app/ https://www.symbaloo.com/mix/agariounblockedschool1?lang=EN
spot_img
spot_img

Kerajaan perlu fokus dan bantu pada R&D PKS untuk potensi perkembangan

spot_img

SHAH ALAM – Sektor korporat di negara ini didominasi oleh perusahaan kecil dan sederhana (PKS), yang membentuk 98 peratus landskap perniagaan.

Pakar ekonomi Profesor Dr Edmund Terence Gomez berkata terdapat kira-kira 1.2 juta syarikat di Malaysia dan daripada jumlah itu, kira-kira satu juta adalah PKS.

Bagaimanapun, beliau berkata walaupun perniagaan ini membentuk tulang belakang ekonomi, tumpuan kerajaan hanya cenderung diberikan kepada baki dua peratus iaitu syarikat pelaburan berkaitan kerajaan (GLIC), firma tersenarai awam, perusahaan milik keluarga dan syarikat besar lain.

- Advertisement -

Ini, katanya perlunya perhatian yang lebih besar terhadap PKS.

“Kebimbangan utama saya ialah 98 peratus dan untuk berlaku adil, apabila Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim bercakap mengenai rancangan Gear-up, beliau berkata wang juga harus digunakan untuk membantu dan membawa PKS ke dalam rantaian bekalan itu, sangat baik.

“Beliau bercakap tentang menyalurkan wang kepada syarikat-syarikat ini, syarikat baru. Terdapat beberapa idea menarik. Saya di sini bukan untuk mengkritik perkara ini, saya di sini untuk cuba membantu kerajaan memperbaiki perkara ini,” katanya semasa program Wacana English Edition bertajuk “Usaha Berisiko: Adakah Kerajaan Meletakkan Simpanan Kita Pada Risiko?.”

- Advertisement -

Beliau merupakan salah seorang ahli panel pada program itu bersama bekas pengerusi CIMB Group Holdings Bhd Tan Sri Nazir Razak dan Ahli Parlimen Ipoh Timur Howard Lee Chuan How.

Gomez juga percaya bahawa lebih banyak boleh dilakukan untuk meningkatkan PKS dan membina keyakinan pelabur.

Beliau berkata satu petunjuk utama keyakinan pelabur ialah tahap pelaburan dalam penyelidikan dan pembangunan (R&D).

Jumlah R&D di Malaysia, katanya adalah sangat rendah, yang mencerminkan kekurangan selera risiko dalam kalangan perniagaan untuk melabur dalam inovasi dan kemajuan teknologi.

“Apabila bercakap tentang keyakinan pelabur, bagi saya penunjuk utama adalah pelaburan dalam R&D kerana itu berisiko dan ini bermakna sektor swasta juga bersedia untuk meletakkan wang mereka dalam R&D mahal untuk memacu ke hadapan.

“Jumlah R&D di negara ini adalah sangat rendah. Ia juga satu lagi petunjuk kekurangan selera risiko dalam kalangan ahli perniagaan kita untuk menyertai R&D, untuk membantu mereka (PKS) naik ke tangga teknologi,” katanya.

Beliau berkata di sinilah peranan GLIC menjadi penting.

Dengan kekuatan kewangan dan keupayaan mereka untuk menjalankan usaha yang berisiko, beliau berkata GLIC harus bekerjasama dengan PKS untuk melabur dalam R&D.

“GLIC perlu masuk dan membawa pelaburan sedemikian dalam R&D berisiko,” kata Gomez.

Beliau menyokong idea GLIC yang menjalankan R&D untuk PKS, membolehkan mereka mengkomersialkan keputusan dan meningkatkan skala.

Bagaimanapun, beliau berkata sektor PKS kurang mendapat perhatian dari pihak swasta dan GLIC pada masa ini dan majoriti daripada PKS adalah firma mikro yang sangat berpotensi.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
1
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img