spot_img
spot_img

Idea Deposit Madani baik untuk bantu pembeli rumah pertama kali

spot_img

KUALA LUMPUR: Cadangan deposit Madani daripada Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) merupakan langkah baik yang boleh membantu mengatasi masalah pemilikan rumah dalam kalangan orang muda, kata PropertyGuru.

Pengurus Negara Malaysia, PropertyGuru dan iProperty, Kenneth Soh berkata, inisiatif itu akan mengurangkan kos pendahuluan pemilikan rumah untuk pembeli kali pertama.

Ujarnya, berdasarkan kajian sentimen pengguna separuh kedua 2024 yang dilakukannya, sebanyak 44 peratus pembeli rumah pertama menyatakan mereka mempunyai masalah untuk sediakan wang pendahuluan.

- Advertisement -

“Justeru, saya sangat menyokong perkara ini kerana ia membantu komuniti tertentu yang memerlukannya. Ini termasuk pembeli muda, pembeli rumah kali pertama dan individu yang ingin menceburi tangga hartanah,” katanya pada sesi bersama media yang diadakan di sini, hari ini.

KPKT sebelum ini melaporkan yang inisiatif deposit Madani sehingga RM30,000 untuk pembeli rumah pertama antara cadangan untuk dimasukkan dalam Belanjawan 2025.

Kementerian itu bercadang melaksanakan pemberian deposit itu selaras dengan dasar kerajaan ‘Rumahku, Syurgaku’.

- Advertisement -

Mengulas lanjut, beliau berkata, faktor yang lebih luas yang mempengaruhi pasaran hartanah, menekankan peranan projek infrastruktur kerajaan dan inisiatif ekonomi.

Jelasnya, projek infrastruktur seperti Mass Rapid Transit (MRT) telah memacu pembangunan bandar, terutamanya di Lembah Klang.

“Jika dilihat minat di sekitar projek Sistem Transit Rapid (RTS) antara Johor dan Singapura, permintaan terhadap hartanah, baik kediaman mahupun komersial yang berhampiran stesen RTS di Johor benar-benar melonjak.

“Kami melihat bahawa apa-apa yang tambahan kepada ekonomi Malaysia, sama ada ia datang dari pusat data, zon ekonomi atau pelaburan infrastruktur tambahan, cenderung mempunyai kesan limpahan itu,” katanya.

Kenneth berkata, prospek hartanah keseluruhan dijangka positif disokong oleh permintaan yang semakin meningkat bagi sektor itu pada separuh kedua 2024.

“Kami telah melihat permintaan hartanah yang semakin meningkat untuk kawasan separa bandar.

“Kadar faedah yang stabil, pertumbuhan ekonomi, dan jumlah keluaran dalam negara kasar juga agak sihat. Jadi semuanya menuju ke arah ekonomi yang agak sihat secara keseluruhan dan sektor hartanah khususnya,” katanya.

 

 

Sumber – UTUSAN

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img