spot_img
spot_img

Cukai sihat dan alam hijau akan diperkenalkan dalam Bajet 2025

spot_img

PETALING JAYA: Kerajaan dijangka memperkenal lima cukai baharu dalam Belanjawan 2025 pada 18 Oktober ini untuk mempromosi gaya hidup sihat dan kehidupan lestari.

Ia adalah Cukai Makanan Berlemak atau Cukai Makanan Tidak Sihat dikenali sebagai Fat Tax, Cukai Penetapan Harga Karbon, Cukai Warisan, Cukai Barang Bernilai Tinggi (HVGT) dan Kecerdasan Buatan (AI).

Penganalisis ekonomi meramalkan Fat Tax akan diper­kenal bagi menangani pe­ningkatan kadar obesiti serta penyakit-penyakit berkaitan gaya hidup dengan Laporan Tinjauan Kebangsaan Kesihatan dan Morbiditi (NHMS) 2023 me­nunjukkan 54.4 peratus rakyat Malaysia mengalami masalah berat badan berlebihan.

- Advertisement -

Cukai Penetapan Harga Karbon pula untuk menyokong agenda ekonomi negara dan usaha menangani perubahan iklim selaras dengan matlamat sifar karbon pada 2050.

Sementara itu, pengenalan Cukai Warisan untuk menghalang pengumpulan kekayaan yang tidak produktif dalam sebuah keluarga sekali gus membantu mengurangkan jurang kekayaan.

Cukai Barang Bernilai Tinggi (HVGT) untuk membolehkan kerajaan mengumpul hasil da­ripada golongan berpenda­patan tinggi yang mampu membeli barangan mewah seterusnya mengurangkan jurang antara miskin dan kaya.

- Advertisement -

Cukai Kecerdasan Buatan (AI) pula untuk memacu pertumbuhan industri teknologi tinggi bagi menyokong pembangunan ekonomi negara.

Penganalisis turut berpendapat, berdasarkan keadaan ekonomi semasa, kerajaan akan terus komited melaksanakan sistem cukai lebih progresif termasuk memperluas penggunaan e-invois yang berpotensi meningkatkan kutipan hasil.

Pensyarah Kanan Fakulti Pe­ngajian Umum dan Pendidikan Lanjutan Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA), Dr. Farah Roslan berkata, pengenalan Fat Tax melengkapi pelaksanaan cukai gula sedia ada untuk menangani pe­ningkatan kadar obesiti serta penyakit berkaitan gaya hidup tidak sihat.

“Meskipun cukai gula telah dikenakan ke atas minuman bergula, pengenalan Fat Tax akan memperluas skopnya kepada makanan yang tinggi kandungan lemak, gula dan kalori seperti makanan segera, snek serta produk bakeri.

“Langkah ini dijangka dapat mengurangkan pengambilan makanan tidak sihat sekali gus menggalakkan pengguna membuat pilihan lebih sihat sete­rusnya melengkapi kesan positif daripada cukai gula.

“Hasil daripada kedua-dua cukai ini boleh dimanfaatkan de­ngan pemberian subsidi kepada makanan sihat seperti buah-­buahan dan sayur-sayuran serta melaksanakan program pendidikan pemakanan di sekolah dan komuniti,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Dr. Farah berkata, beberapa negara berhasil membuktikan keberkesanan pelaksanaan Fat Tax termasuk Hungary yang memperkenal cukai kesihatan awam pada 2011 ke atas makanan de­ngan kandungan gula, garam dan lemak yang tinggi dengan kadar cukai antara empat hingga 10 peratus bergantung bagi sesuatu produk.

“Mexico juga memperkenal cukai makanan tidak sihat pada 2014 dengan kadar cukai seba­nyak lapan peratus ke atas makanan berkalori tinggi (lebih 275 kilokalori per 100 gram) dan satu peso (RM0.25) per liter bagi minuman bergula.

“Pengenalan cukai ini membantu mengurangkan pembe­lian produk makanan tidak sihat terutama dalam kalangan golo­ngan berpendapatan rendah,” katanya.

Dalam pada itu, Pensyarah Fakulti Ekonomi dan Pengurusan (FEP), Universiti Kebangsa­an Malaysia (UKM), Prof. Mad­ya Dr. Mustazar Mansur ber­kata, pengenalan Fat Tax un­tuk mening­katkan harga makanan tidak sihat.

“Ia bagi mengurangkan pe­ngambilan makanan berlemak dan bergula yang berisiko tinggi menyumbang kepada penyakit kronik seperti kencing manis, kolesterol tinggi dan penyakit jantung.

“Langkah ini bertujuan me­ngawal pengambilan makanan yang memberi kesan buruk kepada kesihatan masyarakat. Ia juga merupakan sebahagian daripada inisiatif kerajaan dalam menangani beban penyakit tidak berjangkit (NCD) yang semakin meningkat dalam kalangan rak­yat Malaysia,” katanya.

Dr. Mustazar berkata, keraja­an mungkin memperkenal cukai yang menyokong agenda ekonomi hijau dan usaha menangani perubahan iklim seperti penetapan harga karbon.

Ia selaras dengan komitmen Malaysia terhadap inisiatif alam sekitar dan mencapai matlamat neutral karbon menjelang 2050.

Jelas beliau, terdapat dua penetapan harga karbon boleh dipraktikkan iaitu Sistem Perdagangan Pelepasan dan Cukai Karbon.

“ETS mewujudkan pasaran bagi pelepasan gas rumah hijau dengan menetapkan had pe­lepasan yang boleh dijual oleh syarikat yang mengurangkan pelepasan mereka.

“Cukai karbon dilaksanakan dengan mengenakan bayaran langsung ke atas pelepasan karbon berdasarkan kandungan karbon bahan api fosil. Berbanding ETS, cukai karbon menjamin harga pelepasan karbon tetapi tidak menetapkan had pelepasan.

“Setakat 2023, terdapat 75 penetapan harga karbon telah berjaya dilaksanakan di seluruh dunia dalam mengurangkan pelepasan karbon untuk meningkatkan hasil negara bagi pelaburan hijau,” katanya.

Sumber – UTUSAN

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang

Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img