London Escorts sunderland escorts 1v1.lol unblocked yohoho 76 https://www.symbaloo.com/mix/yohoho?lang=EN yohoho https://www.symbaloo.com/mix/agariounblockedpvp https://yohoho-io.app/ https://www.symbaloo.com/mix/agariounblockedschool1?lang=EN
spot_img
spot_img

Pengundi bukan Melayu keluar rendah bukan kerana boikot

spot_img

Johor Bahru 30 September: Sesetengah premis berita memainkan naratif bahawa peratusan pengundi kaum bukan Melayu di PRK Mahkota, Johor adalah disebabkan protes mereka terhadap kerjasama BN-PH.

Berita-Tular berpendapat sebaliknya dari pemerhatian trend pengundi-pengundi bukan Melayu selama ini, bukan hanya di PRK Mahkota semata-mata.

Sedia maklum, pengundi bukan Melayu terutamanya pengundi Cina, mereka lebih kritikal dan bijak memilih. Pengundian mereka adalah berdasarkan kebolehan, kestabilan dan masa depan mereka. Adalah jarang sekali mereka mengundi disebabkan naratif kaum dan agama. Ia terbukti semasa era kekuatan Barisan Nasional pasca kemerdekaan, kaum Cina memberi sokongan jitu terhadap parti pemerintah yang diketuai UMNO kerana berjaya membawa kemakmuran kepada negara pada ketika itu.

- Advertisement -

Berbeza di PRK Mahkota, ia tidak akan memberi sebarang perubahan walau apa jua keputusan. Pengundi Cina kebanyakan berada di bandar besar, dan untuk pulang ke kampung bagi mengundi yang tidak memberi apa-apa impak, pastinya peratusan besar balik mengundi tidak berlaku.

Satu sumber dari parti DAP mendedahkan bahawa pengundi Cina keluar sebanyak 32%, pengundi India 34%, manakala pengundi Melayu menyaksikan keluar mengundi tertinggi iaitu 63%, diterjemahkan kepada kemenangan calon BN Syed Hussien Syed Abdullah dengan majoriti yang besar 20,648 undi berbanding calon PN Haizan Jaafar yang hanya memperoleh 7332 undi.

Ada beberapa pihak menyatakan bahawa isu Halal, pertelagahan antara YB Datuk Dr Akmal Salleh dan YB Teressa Kok punca menyebabkan kaum Cina berhati-hati dengan BN.

- Advertisement -

Sebenarnya tidak. Berita Tular memperoleh 50 pendapat orang awam dari kaum Cina di sekitar badar raya Johor Bahru, mereka bersependapat bahawa isu sijil Halal tiada kena mengena dengan peratusan rendah kaum itu pada PRK Mahkota. Orang Cina lebih mementingkan isu-isu ekonomi.

Sebagai contoh lihat semasa PRK di Sungai Bakap tempohari. Majoriti kaum Cina tidak memberi sepenuhnya undi atau tidak mengundi terhadap parti kerajaan kerana isu yang menyentuh ekonomi mereka, iaitu subsidi diesel. Namun harus diingat, walau apa terjadi pada PRK Sungai Bakap itu, kaum Cina tahu ia tidak akan mengubah status kerajaan negeri. Ia adalah sebagai signal untuk kerajaan pusat supaya lebih berhati-hati dalam melaksanakan dasar ekonomi yang tidak terlalu mengejut dan terburu-buru. Juga penarikan subsidi dilakukan dekat dengan tarikh pilihanraya tersebut. Rakyat tidak dapat melihat kesan positif daripada langkah itu yang dapat mencegah penyeludupan dan ketirisan wang subsidi rakyat.

“Kita balik atau tak balik undi pun sama juga keputusan, kerajaan mesti menang. Johor tiada tempat untuk PAS (PN)”, kata seorang peniaga dobi di Larkin yang tidak mahu nama disiarkan.

“Orang Melayu pun tak marah pasal sijil Halal, mereka undi (keluar) ramai, UMNO kuat di Mahkota, orang Cina tak marah. Ini sebab masa dan keutamaan kerja sahaja (tidak balik mengundi)”, kata Yew Soon Huat, 40, seorang peniaga aksesori kereta di bandar Johor Bahru.

Para penganalisis politik juga bersetuju bahawa belum ada mana-mana parti selain gabungan kerajaan kini, dapat meyakinkan masyarakat Cina untuk mengundi mereka. Kestabilan politik, pengembalian pengukuhan mata wang Ringgit Malaysia dan ekonomi yang meningkat naik adalah menjadi kriteria utama untuk kaum Cina memilih, bukan isu agama mahupun kaum. Terbukti sejak pasca kemerdekaan negara.

 

Pendapat editorial Berita Tular tidak melambangkan sokongan terhadap mana-mana parti politik.

 

Foto : Kosmo

What’s your Reaction?
+1
1
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img