KUALA LUMPUR: Heitech Padu Bhd telah memperoleh kontrak RM133.73 juta daripada Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) untuk membina, membekal, menghantar, memasang, mengkonfigurasi, menyepadukan, menguji dan mentauliahkan perkakasan, perisian dan sistem digitalnya. Termasuk menyedia dan menyelenggara sistem MySikap.
Dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini, HeiTech Padu berkata tempoh kontrak itu ialah 36 bulan dari 1 Okt 2024 hingga 30 Sept 2027.
Kontrak itu dijangka menyumbang kepada pendapatan dan aset bersih sesahamnya dari tahun kewangan berakhir 31 Dis 2024 sehingga selesai.
Heitech Padu berkata risiko berhubung kontrak itu adalah risiko biasa yang dihadapi oleh mana-mana syarikat yang menjalankan perniagaan yang serupa.
Ia telah mengambil langkah yang perlu untuk melindungi dirinya dan mengurangkan risiko apabila ia berlaku.