Free Porn
xbporn

https://www.bangspankxxx.com
spot_img
spot_img

Aset Digital Patuh Syariah ingin diterajui syarikat Malaysia

spot_img

KUALA LUMPUR: Halogen Capital, pengurus dana aset digital berlesen pertama di Malaysia menyasarkan mencapai jumlah aset di bawah pengurusan (AUM) mencecah RM1 bilion membabitkan 5,000 pelanggan dalam tempoh dua hingga tiga tahun akan datang, sekali gus meletakkannya sebagai peneraju global dalam aset digital patuh Syariah.

Pengasas Bersama dan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Liew Ooi Hann, berkata syarikat yang baharu sahaja melancarkan menawarkan dana mata wang kripto patuh Syariah yang pertama di dunia telah pun melepasi jumlah AUM RM100 juta daripada lebih 800 pelanggan menerusi tawaran empat dana dan mandat persendirian, menandakan satu pencapaian hebat dan mencerminkan perkembangan pesat dalam industri berkenaan.

Katanya, pasaran mata wang kripto di Malaysia masih dalam peringkat awal, tetapi ia menunjukkan potensi pertumbuhan yang ketara dengan minat yang semakin meningkat, terutamanya daripada pelabur institusi yang meneroka pelaburan alternatif dan mula mengenali nilai jangka panjang yang ditawarkan oleh aset digital.

- Advertisement -

“Menurut Laporan Tahunan Suruhanjaya Sekuriti Malaysia 2023, AUM dalam industri pengurusan dana di Malaysia mencapai tahap tertinggi baharu sebanyak RM975.5 bilion pada 2023, meningkat 7.6 peratus daripada RM906.5 bilion pada tahun sebelumnya.

“Di Halogen Capital, kami percaya bahawa aset digital boleh meraih sekurang-kurangnya 1.0 peratus daripada jumlah AUM yang diurus secara persendirian di Malaysia, yang menyediakan peluang besar, terutamanya dengan AUM persendirian di Malaysia yang dijangka berkembang sebanyak 5.0 peratus setiap tahun.

“Tambahan pula, Pasaran Modal Islam Malaysia (ICM) berkembang sebanyak 4.5 peratus kepada RM2.4 trilion pada 2023. Pertumbuhan ini meletakkan Malaysia secara unik untuk menjadi peneraju global dalam penawaran aset digital patuh Syariah, dengan memanfaatkan kepakaran yang telah lama terjalin dalam kewangan Islam,” katanya kepada BH.

- Advertisement -

Halogen Capital adalah pemegang Lesen Perkhidmatan Pasaran Modal (CMSL) penuh untuk pengurusan dana daripada Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) sejak 2023.

Ketika ini, Halogen Capital menawarkan pelabur individu, korporat dan institusi akses kepada aset digital seperti Bitcoin dan Ethereum dengan lebih mudah, termasuk kejelasan cukai terperinci dan tahap keselamatan seperti dana unit amanah.

Dana patuh shariah Halogen Capital yang diselia kawal oleh penasihat Syariah terbaik seperti Amanie Advisors dan Tawafuq Consultancy, membuktikan usaha peloporan dalam landskap pelaburan aset digital dalam menawarkan produk yang mematuhi prinsip kewangan Islam.

Sejak Julai 2023, firma itu telah melancarkan dana perdana seperti Halogen Shariah Bitcoin Fund (HSBTCF) iaitu dana mata wang kripto patuh Syariah pertama di dunia yang memberikan pendedahan kualiti institusi kepada Bitcoin spot fizikal.

Firma itu juga telah melancarkan Halogen Shariah Ethereum Fund (HSETHF) iaitu Dana ethereum patuh Syariah pertama di dunia yang memberikan pendedahan kualiti institusi kepada spot fizikal dan ETH yang diperdagangkan.

Dana itu menawarkan pelabur manfaat pelaburan ETH dalam struktur lazim unit amanah tanpa kesusahan menguruskan syiling sendiri atau menguruskan pengesah untuk memperoleh ganjaran pelaburan 3.0 hingga 3.2 peratus ke atas ETH.

Ia juga memperkenalkan Halogen Shariah Crypto Titans Fund (HSCTF) iaitu dana pelaburan utama dalam kira-kira 12 aset kripto patuh Syariah bermodal besar seperti BTC, ETH, Solana (SOL), Ripple (XRP) dan banyak lagi; dan Halogen Shariah Ringgit Income Fund (HSRIF) iaitu sebuah dana borong pendapatan tetap dalam ringgit yang bertujuan untuk melangkaui pulangan deposit tetap (FI) dan menyediakan kecairan T+1.

Pencapaian dana ini adalah hasil pelaburan strategik di dalam Deposit Islam dan Sukuk jangka pendek.

Seperti unit amanah saham berdaftar dengan SC di Malaysia, semua aset pelanggan di Dana Halogen diasingkan daripada Pengurus Dana dan dipegang oleh Pemegang Amanah berdaftar bebas SC.

Mengulas lanjut, Hann berkata, bagi merebut peluang pasaran modal Malaysia yang berkembang pesat, Halogen Capital bekerjasama dengan lebih daripada 20 firma penasihat kewangan terkenal, termasuk AHAM Asset Management Bhd (AHAM Capital), Kenanga Investors Bhd, UOB Kay Hian dan Phillip Mutual Bhd, bagi membolehkan aspek pengedaran produk kripto.

“Kerjasama ini adalah penting dalam memperluaskan akses kepada aset digital untuk kumpulan pelabur yang lebih luas.

“Selain itu, tinjauan yang dijalankan oleh Statista baru-baru ini mendedahkan bahawa 30 peratus daripada responden Malaysia memiliki mata wang kripto pada suku keempat 2023. Statistik ini menekankan minat yang semakin meningkat terhadap aset digital di kalangan masyarakat umum.

“Secara keseluruhan, walaupun terdapat cabaran, Malaysia mempunyai ramuan yang tepat untuk pasaran mata wang kripto yang berkembang pesat. Dengan sokongan kawal selia yang berterusan dan tumpuan yang kukuh terhadap pendidikan pelabur, kami percaya bahawa potensi di sini memang ketara,” katanya.

Beliau berkata, dengan status Halogen Capital sebagai entiti berlesen, ia menjadi satu lagi kelebihan penting dan membolehkan syarikat membina kepercayaan dan kredibiliti dengan pelabur.

“Ini memberi kami kelebihan berbanding pesaing, terutamanya apabila membabitkan usaha menarik pelabur tempatan dan antarabangsa yang mementingkan keselamatan, pematuhan dan pilihan pelaburan beretika. Tambahan lagi, kerjasama kami dengan firma penasihat kewangan terkenal membantu kami memperluaskan pengedaran produk kami, menjadikan ia lebih mudah diakses oleh pelbagai jenis pelabur.

“Dengan trend global yang menunjukkan minat institusi yang semakin meningkat terhadap aset digital, terutamanya dengan perkembangan seperti ETF kripto, kami berada dalam kedudukan yang baik untuk menarik pelabur institusi yang mencari peluang pelaburan yang dikawal selia dan patuh di rantau ini,” katanya.

 

 

Sumber : Berita Harian

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img