spot_img
spot_img

5 syiling digital baharu di platform Luno

spot_img

Luno telah mengumumkan penambahan coin (syiling matawang digital) terbaru; Aave, Curve, Maker, Synthetix dan Stellar kepada penawaran asetnya.

Bursa aset digital terkawal (DAX) – platform terkemuka Malaysia itu kini menawarkan 18 aset di bursanya.

Scarlett Chai, pengurus negara Luno untuk Malaysia berkata “token ini mewakili canggih kewangan terdesentralisasi (tiada kawalan bank pusat), menawarkan lebih banyak pilihan dan peluang kepada pengguna untuk mengambil bahagian dalam ekosistem aset digital yang sedang berkembang.”

- Advertisement -

“Perkembangan kami selanjutnya ke dalam ruang DeFi (decentralised finance) membolehkan pelabur mempelbagaikan portfolio mereka dan memanfaatkan utiliti aplikasi terdesentralisasi (dApps),” tambah Chai.

Menurut Chai, Luno telah menerajui 18 daripada 19 aset yang diluluskan oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia.

Ciri utama syiling DeFi baharu

- Advertisement -

Aave (AAVE): Aave menghubungkan rakan niaga secara langsung tanpa memerlukan perantara. Ia adalah salah satu platform pinjaman aset digital terbesar, dengan lebih $17 bilion dijamin merentasi rantaian blok yang disokong.
Curve (CRV): Curve membolehkan pelabur berdagang stablecoin dan aset digital lain untuk yuran yang lebih rendah. Curve telah mendapat populariti sebagai penyedia kecairan untuk stablecoin seperti USD Coin dan USDT.
Maker (MKR): Sky, dahulunya MakerDAO, membenarkan pelabur mengunci aset digital mereka buat sementara waktu sebagai balasan untuk salah satu stablecoin mereka, Dai (DAI) atau USDS (USDS). Ia menarik pelabur utama, termasuk Andreessen Horowitz, salah satu firma modal teroka terkemuka di dunia.

Synthetix (SNX): Synthetix membolehkan penciptaan aset sintetik, membenarkan pelabur untuk berdagang aset dunia sebenar seperti komoditi, mata wang dan saham pada rantaian blok. Ia menawarkan pendedahan pelabur kepada pelbagai instrumen kewangan, menjadikannya pemain utama dalam ruang DeFi.
Stellar (XLM): Stellar menghubungkan institusi kewangan tradisional dengan teknologi blockchain, membolehkan transaksi yang cepat dan kos efektif antara mata wang fiat dan aset digital.

Luno menambah bahawa pengembangan selanjutnya ke dalam ruang DeFi ini membolehkan pelabur mempelbagaikan portfolio mereka dan memanfaatkan utiliti aplikasi terdesentralisasi (dApps).

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img