Free Porn
xbporn

https://www.bangspankxxx.com
spot_img
spot_img

Dilema DAP – kem menteri dan bukan menteri

spot_img

Sekali lagi parti DAP mencetuskan kontroversi yang tidak perlu, dengan mengusik perkara yang begitu sensitif terhadap orang Islam. Sijil HALAL adalah soal pemakanan yang sangat dititikberat oleh orang Islam. Ia tiada kena mengena langsung dan tidak mengganggu orang bukan Islam di negara ini.

Malangnya, ahli politik veteran DAP, yang juga Naib Presiden parti itu, Teresa Kok telah mengeluarkan pandangan berkenaan isu pensijilan halal. Walau apa jua alasan ahli politik yang punyai pengalaman itu, ia dilihat sebagai sengaja dan sabotaj terhadap partinya sendiri, dan juga pihak kerajaan perpaduan.

Mungkin perkiraan politik beliau, dirinya menjadi juara bagi para pengundinya di parlimen Seputeh yang mempunyai lebih 300,000 penduduk, pengundi dalam 120,000 orang di mana hampir 60% pengundi terdiri daripada bukan Melayu.

- Advertisement -

Ia menyerlahkan kem bukan menteri DAP iaitu Lim Guan Eng yang kini selalu menimbulkan kekecohan kepada kerajaan perpaduan. Manakala gandingan Anthony Loke dan Liew Chin Tong dilihat lebih bekerja dalam portfolio kementerian masing-masing dengan baik.

Lim Guan Eng yang merupakan Pengerusi DAP dan menghadapi tuduhan rasuah di mahkamah di atas kes terowong di Pulau Pinang, baru-baru ini juga melancarkan serangan tajam ke atas Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek kerana enggan mengecualikan sekolah Cina daripada larangan syarikat arak menyumbang dana kepada sekolah di seluruh negara.

Di sini, parti orang Melayu dilihat bersatu suara di dalam soal pensijilan halal. Ketua Pemuda UMNO Malaysia, Datuk Dr Akmal Salleh mengkritik secara terbuka dan keras kepada Teresa Kok kerana mempersoalkan idea JAKIM itu. Tegasnya, Teresa Kok tidak sepatutnya campur tangan dalam urusan agama yang tiada mengena dengan beliau apatah lagi ia jelas menghina dan mencabar sensitiviti umat Islam. Ia membuktikan bahawa beliau gagal memahami atau menghormati kepentingan dan hakikat isu halal yang suci di Malaysia.

- Advertisement -

(Datuk Dr Akmal Salleh, Ketua Pemuda UMNO)

Ketua Penerangan Srikandi Parti Bersatu pula, Nurul Syazwani Noh berkata, Teresa Kok tidak sepatutnya bercakap mengenai pensijilan halal apatah lagi cuba mengaitkannya sebagai beban kepada pengusaha restoran Melayu.

“Pensijilan halal bukan sekadar satu beban, tetapi ia adalah tanggungjawab moral dan agama untuk memastikan makanan yang dijual kepada umat Islam memenuhi piawaian halal yang ditetapkan.

“Mereka (bukan Islam) tidak memahami keperluan dan sensitiviti agama Islam. Membuat kenyataan yang mengaitkan pensijilan halal dengan beban perniagaan atau imej negara di luar hanya menunjukkan ketidakfahaman mendalam tentang kepentingannya,” katanya yang dipetik dari Utusan Malaysia.

Jelas hingga ke hari ini masih terdapat sebilangan di dalam DAP yang masih tidak begitu peka di atas sensitiviti umat Islam. Atau mereka sengaja menimbulkan isu ini. Gelaran DAP parti chauvinist tidak akan dapat diredakan.

Nota : Sikap dan rancangan ahli politik, rakyat perlu lihat secara tersirat. Ia tidak akan tonjolkan di hadapan.

Salim Al-Majnun, Kota Damansara, Selangor

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
1

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img