London Escorts sunderland escorts 1v1.lol unblocked yohoho 76 https://www.symbaloo.com/mix/yohoho?lang=EN yohoho https://www.symbaloo.com/mix/agariounblockedpvp https://yohoho-io.app/ https://www.symbaloo.com/mix/agariounblockedschool1?lang=EN
spot_img
spot_img

Penting kemenangan PRK Mahkota bagi pengukuhan Kerajaan Perpaduan pada PRU16

spot_img

JOHOR BARU: Semua pemimpin DAP Johor telah bersedia untuk membantu memastikan kemenangan calon Barisan Nasional bagi pilihan raya kecil Mahkota, kata Pengerusi DAP Johor, Liew Chin Tong.

Beliau berkata, mereka komited bagi memastikan calon dari UMNO, Syed Hussien Syed Abdullah menang pada pilihan raya kecil 28 September ini.

Menurut Chin Tong, DAP melihat PRK Mahkota dalam membentuk landskap politik untuk pilihan raya umum akan datang.

- Advertisement -

“Sekiranya calon Kerajaan Perpaduan diterima oleh semua bahagian pengundi kawasan itu, pilihan raya kecil itu akan membantu membuka jalan kepada kerajaan persekutuan yang lebih kukuh dan stabil, serta kerjasama yang lebih erat antara Pakatan Harapan dan Barisan Nasional di peringkat negeri,” katanya yang dipetik dari Facebook rasmi semalam.

Chin Tong juga merupakan Timbalan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, menambah bahawa ini juga akan menjadi persediaan untuk kebangkitan semula Malaysia dan lepas landas ekonomi kedua.

Sabtu lepas (7 Sept), Menteri Besar Johor Datuk Onn Hafiz mengumumkan Ketua Pemuda Umno Kluang Syed Hussien sebagai calon bagi pilihan raya kecil Mahkota.

- Advertisement -

Kerusi DUN di Kluang kosong selepas ADUNnya, Datuk Sharifah Azizah Syed Zain daripada Umno, meninggal dunia pada 2 Ogos, tiga hari selepas beliau dimasukkan ke hospital.

Suruhanjaya Pilihan Raya menetapkan Sabtu ini (14 Sept) Hari Penamaan Calon, 24 Sept untuk pengundian awal dan 28 Sept untuk hari pengundian.

Chew Chong Sin dari DAP memegang kerusi bersebelahan DUN Mahkota ini, iaitu Mengkibol. Kedua-dua DUN ini berada di bawah Parlimen Kluang, yang disandang oleh Wong Shu Qi, juga dari DAP.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img