London Escorts sunderland escorts 1v1.lol unblocked yohoho 76 https://www.symbaloo.com/mix/yohoho?lang=EN yohoho https://www.symbaloo.com/mix/agariounblockedpvp https://yohoho-io.app/ https://www.symbaloo.com/mix/agariounblockedschool1?lang=EN
spot_img
spot_img

Seleweng minyak masak bersubsidi lebih RM20 juta

spot_img

PUTRAJAYA: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) berjaya me­numpaskan sindiket penyelewengan minyak masak bersubsidi menerusi serbuan Op Tiris 3.0 yang dijalankan di beberapa premis di sekitar Perak, Selangor dan Johor pada 9 Ogos lalu.

Ketua Pengarah Penguatkuasanya, Datuk Azman Adam berkata, serbuan ke atas syarikat pengilang, pembungkusan dan pemborong minyak masak itu dibuat menerusi operasi bersepadu melibatkan KPDN Putrajaya dan negeri setelah risikan selama beberapa bulan dilakukan.

“Modus operandi sindiket ini adalah melibatkan proses penghantaran minyak masak bersubsidi yang sepatutnya dilakukan oleh pengilang minyak masak yang beroperasi di Ipoh, Perak ke tiga syarikat pembungkusan minyak masak (repackers) di negeri sama.

- Advertisement -

“Namun penghantaran tersebut sebaliknya tidak berlaku, tetapi dihantar ke syarikat-syarikat pemborong minyak masak di Selangor dan Johor dalam kuantiti tertentu,” katanya dalam sidang akhbar di sini semalam.

Kata Azman, minyak masak bersubsidi terbabit sebahagiannya dikumpulkan di syarikat pemborong di Selangor, manakala selebihnya dikumpulkan di sebuah syarikat pemborong minyak masak di Johor.

“Tindakan itu dibuat sebelum dibungkus semula menggunakan bungkusan minyak masak botol dan dijual di pasaran mengikut harga minyak masak botol bukan bersubsidi,” menurutnya.

- Advertisement -

Mengulas lanjut, beliau berkata, nilai keseluruhan ketirisan subsidi minyak masak menerusi operasi ini dianggarkan mencecah sehingga RM20 juta.

Katanya, selain minyak masak, sitaan turut dilakukan ke atas beberapa dokumen perniagaan lain seperti invois belian dan jualan, dokumen tuntutan subsidi minyak masak di bawah Program Skim Rasionalisasi Harga Minyak Masak (COSS).

Turut dirampas beberapa peralatan dan kenderaan yang digunakan dalam aktiviti haram ini.

“Setakat ini, dua lelaki warga tempatan berumur lingkungan 20 hingga 30 tahun ditahan bagi membantu siasatan. Kedua-dua individu terbabit adalah pekerja di syarikat pemborong minyak masak di Johor,” ujarnya.

 

 

 

Sumber – UTUSAN

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img