Free Porn
xbporn

https://www.bangspankxxx.com
spot_img
spot_img

Persengketaan dengan Raja-raja yang tidak harus berlaku

spot_img

Beban tambahan kepada Bersatu dimulakan sekali lagi oleh Presiden parti, Tan Sri Muhyiddin Yassin. Dengan mengungkit kembali perkara yang sepatutnya tidak menjadi keutamaan kepada parti itu atau Perikatan Nasional (PN) keseluruhannya, telah membawa satu lagi isu yang tidak sepatutnya ditanggung pada parti yang telah mengalami kekalahan PRK Nenggiri baru-baru ini.

Sebagai ahli politik yang berpengalaman, Muhyiddin sepatutnya lebih peka bahawa kenyataannya itu tidak akan membantu partinya untuk lebih kuat atau mendapatkan semula tampuk kerajaan mahupun memenangi naratif politik negara secara keseluruhan, apatah lagi menjaga hubungan yang penting dengan Raja-raja Melayu.

Pertama, bagi rakyat yang bijak membaca dan mengkaji sebelum mempercayai sesuatu perkara, kedangkalan hujah SD (statutory declarations) adalah memalukan. Selepas PRU15, Akta Anti Lompat Parti telah pun dikuatkuasakan, maka sokongan SD ahli parlimen secara individu sudah tidak valid lagi. Kenapa bekas Perdana Menteri ke 8 itu masih mahu berbicara soal SD? Akta Anti Lompat Parti itu dikuatkuasakan semasa di bawah pemerintahan beliau.

- Advertisement -

Kedua, Yang Dipertuan Agong ke 16, Sultan Abdullah Ahmad Shah telah memberikan penjelasan berkenaan pembentukan kerajaan selepas PRU15 dan apa yang telah berlaku. Jelas dan nyata. Rakyat telah melihat dan mendengar di youtube mahupun media masa. Sudah tentu dengan kenyataan Muhyiddin semasa berkempen di PRK Nenggiri itu, pastinya PN dilihat masih tidak berpuas hati dengan Sultan Pahang. Adakah Sultan Pahang itu menipu apabila baginda sendiri mendedahkan kepada media masa atas apa yang berlaku semasa pembentukan kerajaan pasca PRU15?

Penjelasan Baginda Sultan Pahang sewaktu menjadi YDPA ke-16 berkenaan penubuhan kerajaan (youtube.com)

Ketiga, jika Muhyiddin mendakwa telah menerima 115 sokongan sekalipun (kita anggap belum ada Akta Anti Lompat Parti), ia adalah pembentukan kerajaan yang amat tidak stabil. Membentuk kerajaan dengan mudah hanya memerlukan 112 sokongan ahli parlimen. Jika seorang sahaja melompat menyokong pembangkang, maka parti PN akan tumbang. Di dalam 115 itu juga terdapat ahli parlimen UMNO yang mana telah mempunyai aku janji dengan Presiden mereka, sebelum menjadi calon PRU15, mereka harus bersetuju bahawa setiap ahli parlimen UMNO akan memberi kuasa kepada Presiden parti untuk menentukan sokongan kepada Perdana Menteri. Maka sokongan individu dari ahli parlimen UMNO sudah tidak dikira. Sudah tentu Raja-raja Melayu telah mengambil kira akan soal ini supaya kejadian pasca PRU 14, bertukar hingga tiga orang Perdana Menteri tidak akan berulang lagi hingga memberikan kesan yang negatif kepada kestabilan negara.

- Advertisement -

Keempat, dengan mengungkit perkara lantikan PM ini kembali semasa berkempen, ia kelihatan bahawa parti Bersatu begitu terdesak untuk kembali menjadi Perdana Menteri. Padahal YDPA telah mempelawa PN, yang paling awal untuk bersama-sama menubuhkan kerajaan (rujuk video penerangan YDPA di atas). Dengan berterusan mempersoalkan YDPA, Bersatu dilihat begitu terdesak untuk berkuasa supaya mereka kembali mempunyai pengaruh kerana khuatir PAS akan berasa tidak yakin dengan kekuatan Bersatu, dan dilihat terdesak demi menyelamatkan diri dan pemimpin-pemimpin Bersatu serta ahli keluarga mereka yang kini terlibat dengan kes rasuah.

Terakhir sekali ialah dengan kenyataan tersebut, ia dilihat sebagai satu ‘ajakan’ oleh pemimpin politik yang mempunyai pengaruh untuk mempersoalkan Raja-raja Melayu. Sudah tentu tidak semua, tetapi pastinya penyokong PN secara majoriti akan mengeluarkan kenyataan yang tidak baik terhadap institusi diraja. Kini kita boleh melihat di sosial media bagaimana penyokong PN mula menulis komen-komen yang tidak baik terhadap raja-raja Melayu. Naratif ini merbahaya untuk kestabilan negara kerana institusi diraja telah terbukti menyelamatkan negara semasa ketidakstabilan politik pasca PRU14. Lihat negara yang tidak mempunyai institusi raja berperlembagaan sebagai contoh, Bangladesh, kini lumpuh tanpa kerajaan apabila huru-hara oleh rakyatnya yang tidak berpuas hati dengan kerajaan memuncak. Ramai terkorban. Kuasa kini dipimpin tentera. Adakah kita mahu ketidakstabilan seperti ini berlaku di Malaysia?

Sekarang merupakan masa yang sukar bagi kepimpinan Bersatu dan ahli-ahlinya. Untuk menggantikan Muhyiddin, mereka tiada calon yang lebih berkaliber dan berpengalaman dari beliau. Yang ada di dalam Bersatu, yang segar dan tidak ‘tercemar’ dengan mana-mana skandal pula, masih muda dan jauh perjalanan dalam politik mereka. Jadi Bersatu terpaksa mempertahankan Presiden mereka walau apa pun harganya demi survival parti tersebut.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
2
+1
1
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img