spot_img
spot_img

Bajet 2025 diharap meneruskan My50

spot_img

KUALA LUMPUR: Pas perjalanan bulanan tanpa had yang bernilai RM50, di bawah program My50, untuk kereta api dan bas di sekitar Lembah Klang, adalah antara inisiatif dan projek yang mahu diteruskan dalam Bajet 2025 akan datang, menurut Anthony Loke.

Menteri Pengangkutan itu berkata demikian ketika ditanya mengenai jangkaan beliau terhadap Bajet dari kementeriannya yang akan dibentangkan pada bulan Oktober depan di Dewan Rakyat.

“Kerajaan telah memberi keutamaan kepada sistem pengangkutan awam dan kita telah melihat peningkatan peruntukan melalui pas perjalanan My50, yang dinaikkan daripada RM100 juta kepada RM200 juta tahun lepas.

- Advertisement -

“Kami berharap inisiatif sebegini akan diteruskan tahun depan bagi memudahkan penumpang Lembah Klang dengan sistem pengangkutan awam yang murah bagi mengurangkan kesesakan,” katanya pada sidang media selepas menyaksikan majlis menandatangani perjanjian antara MRT Corporation dan Coronade Properties di sini pada Selasa (20 Ogos).

Loke berkata My50 telah mencecah lebih 200,000 pengguna sebulan, manakala penumpang kereta api di Lembah Klang mencecah lebih 900,000 pengguna setiap hari.

“Kita tahu Lembah Klang menghadapi kesesakan lalu lintas yang besar oleh itu, usaha kita perlu diteruskan untuk menambah baik sistem pengangkutan awam supaya lebih ramai penduduk dapat menggunakannya.

- Advertisement -

“Saya harap inisiatif dan projek yang kami minta akan dipertimbangkan oleh Kementerian Kewangan,” katanya.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img