London Escorts sunderland escorts 1v1.lol unblocked yohoho 76 https://www.symbaloo.com/mix/yohoho?lang=EN yohoho https://www.symbaloo.com/mix/agariounblockedpvp https://yohoho-io.app/ https://www.symbaloo.com/mix/agariounblockedschool1?lang=EN
spot_img
spot_img

Nentanyahu tidak akan boleh ke 124 negara jika waran tangkap dikeluarkan

spot_img

TEL AVIV: Meskipun hubungan dilaporkan sedang tegang, Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu dan Menteri Pertahanan, Yoav Gallant didakwa mengadakan pertemuan penting, kelmarin.

Pertemuan itu bagi membincangkan usaha Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) untuk mengeluarkan waran tangkap terhadap mereka.

Pejabat Netanyahu dalam kenyataan berkata, Perdana Menteri itu mengadakan perbincangan tambahan dengan penyertaan pemimpin politik dan Peguam Negara, Gali Baharav Miara mengenai tindakan ICC.

- Advertisement -

“Peguam Negara menegaskan kembali pendiriannya mengenai penubuhan Suruhanjaya Siasatan Negeri bagi meneliti situasi kemanusiaan di Gaza.

“Menurut Peguam Negara, belum dipastikan sama ada penubuhan suruhanjaya ini akan membawa kepada pembatalan untuk mengeluarkan waran tangkap tersebut,” kata kenyataan itu.

20 Mei lalu, Pendakwa Raya ICC, Karim Khan memohon waran tangkap untuk Netanyahu dan Gallant bagi jenayah perang dan jenayah terhadap kemanusiaan yang dilakukan mereka di Gaza.

- Advertisement -

Khan berkata, terdapat alasan munasabah untuk mempercayai bahawa Netanyahu dan Gallant bertanggungjawab terhadap jenayah perang dan kemanusiaan yang dilakukan di Gaza sejak Oktober tahun lepas.

Jika waran tangkap dikeluarkan, Netanyahu dan Gallant tidak dapat melakukan perjalanan ke 124 negara anggota ICC, di mana keputusan itu mengikat.

Israel tidak mengiktiraf bidang kuasa ICC, mahkamah yang ditubuhkan pada 2002, yang menerima Palestin sebagai anggota selepas 13 tahun.

ICC adalah badan antarabangsa bebas yang tidak bergabung dengan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) atau badan antarabangsa lain.

(Kesengsaraan kemanusiaan memuncak dan tidak pernah henti oleh kekejaman rejim Zionis Israel yang kini diketuai oleh Benjamin Nentanyahu, Perdana Menteri Israel)

Serangan Israel selama lebih 10 bulan di Gaza membunuh lebih 40,000 rakyat Palestin, kebanyakannya wanita dan kanak-kanak, serta menyebabkan 92,400 yang lain cedera.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img