spot_img
spot_img

BN bertanding di Mahkota, parti kerajaan jangan cipta persepsi berebut DUN

spot_img

Johor Bahru: Barisan Nasional (BN) mengesahkan akan mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota pada 28 Sept ini, kata pengerusinya, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi.

Zahid, yang juga presiden Umno, memberi peringatan kepada parti komponen kerajaan perpaduan yang lain supaya tidak menuntut untuk bertanding di kerusi DUN itu. Dengan tegas beliau menasihati agar jangan ada sebarang kenyataan daripada pemimpin, sama ada berjawatan tinggi atau sebaliknya, untuk menuntut kerusi DUN tersebut atau membuat kenyataan yang akhirnya boleh menimbulkan persepsi negatif kepada kerajaan perpaduan keseluruhannya.

Sebelum ini, parti Amanah bahagian Kluang cuba untuk melobi DUN Mahkota dengan awal dan secara terbuka di media, yang disandang oleh Allahyarham Sharifah Azizah Syed Zain dari Umno, mencetuskan kritikan daripada beberapa pemimpin Umno.

- Advertisement -

Ketua DAP Johor Liew Chin Tong juga tampil berkata DAP tetap mempertahankan prinsip penyandang untuk kekal bertanding, menandakan sokongan kepada Umno untuk mempertahankan kerusi itu pada pilihan raya kecil itu.

(YB Liew Chin Tong – Timbalan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri)

- Advertisement -

Ahli Exco Pemuda Amanah Fadhli Umar Aminolhuda tetap bertekad untuk mendesak calon untuk DUN Mahkota harus ditukar kepada Amanah. Alasannya ialah kerajaan Johor sekarang tidak menggambarkan kerajaan perpaduan.

Zahid yang juga Timbalan Perdana Menteri kemudian membidas Amanah Kluang berhubung tuntutan untuk bertanding di kerusi Mahkota, dengan berkata parti dalam kerajaan perpaduan tidak harus menuntut kerusi yang bukan milik mereka.

Semalam, Presiden Amanah Mohamad Sabu mengingatkan bahagian Kluang parti bahawa kepimpinan negara yang akan menentukan calon pilihan raya.

Zahid hari ini berkata sebagai persediaan menghadapi pilihan raya kecil Mahkota, perbincangan akan diadakan dengan biro politik Umno dan Majlis Tertinggi sebelum perkara itu dibawa ke mesyuarat sekretariat kerajaan perpaduan.

Beliau juga berkata persefahaman dalam kalangan rakan gabungan kerajaan perpaduan adalah untuk menegakkan prinsip penyandang.

“Kami mempunyai peluang yang baik untuk memenangi kawasan Mahkota dan kami pastinya mahu memastikan penyelarasan dengan semua parti politik dalam kerajaan perpaduan,” katanya.

Suruhanjaya Pilihan Raya menetapkan PRK Mahkota pada 28 Sept, dengan penamaan calon diadakan pada 14 Sept dan pengundian awal pada 24 Sept.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img