Free Porn
xbporn

https://www.bangspankxxx.com
spot_img
spot_img

Rusuhan UK : Langkah kerajaan Malaysia tepat untuk kawal dan perlesenan sosial media

spot_img

Wisma Putra 6 Ogos: Keganasan di beberapa bandar dan kasawasan luar bandar di United Kingdom yang dicetuskan oleh maklumat palsu di media sosial menyerlahkan kepentingan platform itu dikawal serta diwajibkan pelesenan, kata Datuk Seri Mohamad Hasan.

Beliau yang merupakan Menteri Luar berkata rusuhan itu, yang paling teruk di United Kingdom dalam tempoh 13 tahun, tercetus selepas akaun media sosial pihak ekstremis telah menularkan laporan palsu bahawa pembunuhan tiga gadis muda di bandar tepi laut utara Southport dilakukan oleh seorang pendatang Islam dari Timur Tengah.

(Datuk Seri Mohamad Hasan, Menteri Luar Negeri)

Namun selepas siasatan, kemudiannya dimaklumkan bahawa suspek ialah Axel Rudakubana, berusia 17 tahun yang berasal dari Britain dan beragama Kristian. Tetapi malangnya, maklumat itu tidak menghentikan serangan dan keganasan yang telah menular.

- Advertisement -

“Begitulah bahayanya media sosial jika terdapat maklumat yang salah dan apabila digunakan secara salah.

“Maklumat palsu sebegini boleh tersebar dengan cepat dan boleh membawa kepada perkara yang lebih buruk seperti keganasan dan rusuhan,” katanya ketika ditemui di Wisma Negri di Seremban.

Laporan di United Kingdom berkata tular maklumat palsu anti-Islam di media sosial telah mencetuskan keganasan Islamofobia dari golongan ekstremis anti Islam selepas serangan tikaman maut terhadap tiga mangsa muda di kelas tarian bertemakan Taylor Swift pada 29 Julai.

- Advertisement -

Suspek sejak itu dikenal pasti sebagai Axel Muganwa Rudakubana berusia 17 tahun yang dilahirkan di Cardiff, Wales, dan tinggal di sebuah kampung berhampiran Southport yang beragama Kristian, bukan imigran serta bukan beragama Islam.

Suspek menghadapi 10 pertuduhan cubaan membunuh selepas lapan kanak-kanak lain dan dua orang dewasa cedera parah dalam serangan itu.

“Penunjuk perasaan sayap kanan menyasarkan bukan kulit putih serta institusi Islam dan ini amat dikesali.

“Disebabkan ini, mahkamah terpaksa mengeluarkan nama suspek dan sejak itu dipastikan dia bukan beragama Islam mahupun dari Timur Tengah,” kata Mohamad.

Penunjuk perasaan yang ekstrem juga menyasarkan pencari suaka politik di negara itu dan komuniti etnik minoriti di seluruh negara sejak pembunuhan itu.

Mohamad, yang juga timbalan presiden Umno, berkata dengan melesenkan platform media sosial di Malaysia, ia adalah menjadi tanggungjawab pemilik platform untuk menurunkan maklumat atau siaran palsu.

“Jika mereka gagal berbuat demikian, tindakan boleh diambil terhadap mereka,” katanya.

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) baru-baru ini mengumumkan bahawa semua perkhidmatan media sosial dan pemesejan internet dengan sekurang-kurangnya lapan juta pengguna berdaftar di negara ini perlu memohon Lesen Perkhidmatan Aplikasi Kelas A di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Penyedia perkhidmatan mempunyai masa sehingga 31 Disember untuk mendaftar sebelum pelaksanaan dikuatkuasakan pada 1 Jan 2025.

Di bawah Akta tersebut, jika sabit kesalahan, penyedia perkhidmatan boleh didenda tidak melebihi RM500,000 atau penjara lima tahun atau kedua-duanya sekali. Mereka juga boleh didenda RM1,000 untuk setiap hari atau sebahagian daripada sehari, selagi kesalahan itu berterusan,

Secara berasingan, Mohamad berkata Wisma Putra juga telah mengeluarkan nasihat kepada rakyat Malaysia di United Kingdom untuk terus berwaspada kerana beberapa demonstrasi ini telah bertukar menjadi ganas.

Beliau berkata rakyat Malaysia yang menetap atau melancong ke United Kingdom juga dinasihatkan supaya menjauhi kawasan yang terlibat dalam protes.

“Jika anda tiada urusan mendesak, jangan tinggalkan rumah anda. Rakyat Malaysia juga perlu mendaftar dengan suruhanjaya tinggi kami di London supaya kami boleh memantau kesejahteraan mereka,” tambahnya.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img