spot_img
spot_img

UK warisi ekonomi bermasalah dari kerajaan terdahulu

spot_img

LONDON: Kerajaan baharu Britain menyalahkan pemerintahan terdahulu kerana meninggalkan negara itu dalam keadaan tragis apabila perlu berdepan cabaran kewangan.

Dalam penilaian menyeluruh tiga minggu selepas mengambil alih kuasa, Pejabat Perdana Menteri, Keir Starmer mengaku terkejut dengan situasi yang terpaksa diwarisi selepas 14 tahun Parti Konservatif memerintah.

Kerajaan berhaluan kiri itu turut mengeluarkan analisis setiap jabatan berhubung kegagalan pemerintahan terdahulu.

- Advertisement -

Kritikan itu dibuat sehari sebelum Ketua Perbendaharaan, Rachel Reeves dijangka menggariskan kekurangan dana awam sebanyak AS$26 bilion (RM120 bilion) dalam ucapan di Dewan Rakyat.

Anggota Kanan Kabinet baharu, Pat McFadden berkata, kerajaan tidak akan menipu rakyat mengenai realiti situasi yang terpaksa ditanggung oleh pentadbirannya.

“Kami akan menghentikan janji palsu yang ditaburkan kepada rakyat Britain dan akan melakukan apa sahaja untuk memperbaiki negara ini,” katanya.

- Advertisement -

Awal bulan lalu, Parti Buruh pimpinan Starmer menang besar susulan kempen yang menuduh dua parti utama terlibat dalam ‘konspirasi senyap’ mengenai skala cabaran kewangan yang dihadapi kerajaan seterusnya.

Dalam kempennya, Parti Buruh berjanji tidak akan menaikkan cukai terhadap individu bekerja, dengan dasarnya akan memberikan pertumbuhan ekonomi lebih cepat dan menghasilkan pendapatan tambahan yang diperlukan kerajaan.

Kelmarin, kerajaan mengeluarkan gambaran keseluruhan penilaian perbelanjaan yang ditugaskan Reeves selepas memegang jawatan.

Laporan lengkap mengenai penilaian itu dibentangkan kepada Parlimen pada Isnin.

Penemuan itu menyebabkan kerajaan baharu menuduh Parti Konservatif membuat komitmen pembiayaan yang besar untuk kewangan tahun ini tanpa mengetahui dari mana wang akan diperoleh.

Kerajaan baharu berpendapat, terdapat kelompongan dalam ketenteraan ketika ancaman global meningkat dan Perkhidmatan Kesihatan Negara (NHS) ‘rosak’, dengan kira-kira 7.6 juta orang menunggu untuk mendapatkan rawatan.

Pejabat Starmer berkata, walaupun sejumlah besar wang dibelanjakan untuk menempatkan pendatang dan memerangi kumpulan penjenayah yang membawa pendatang melintasi Selat Inggeris, bilangan individu yang menyeberang ke negara ini masih meningkat.

Kira-kira 15,832 orang menyeberangi Selat dengan bot kecil pada tahun ini, iaitu sembilan peratus lebih banyak daripada tempoh sama bagi tahun lepas.

 

 

Sumber – Utusan

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img