Free Porn
xbporn
https://www.bangspankxxx.com
voguerre
southampton escorts
spot_img
spot_img

Nenggiri : UMNO jangan bermimpi

spot_img

Ramai penganalisis politik tempatan berpendapat bahawa Pilihanraya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri Kelantan (DUN) Nenggiri merupakan suatu ujian besar kepada parti UMNO untuk menguji kekuatan sejauh mana orang Melayu Islam menerima parti itu kembali.

Sebenarnya ialah jangan bermimpi untuk UMNO diterima majoriti undi orang Melayu seperti dahulu semula, buat masa ini. Politik ialah dinamik. Ia berubah mengikut peredaran zaman. Tiada yang kekal selamanya. Lima puluh tahun lebih orang Melayu memberi undi majoriti kepada UMNO. Sudah tentu UMNO perlu terima hakikat, kini, majoriti orang Melayu di kawasan luar bandar secara majoriti akan tetap menolak UMNO buat suatu tempoh masa tertentu selepas PRU14 lalu, sekalipun UMNO menukar Presiden mereka sekarang. Dinamik penolakan ini akan kekal di Nenggiri, Kelantan, yang merupakan negeri kubu kuat PAS – 3 dekad memerintah, walau apa terjadi atau masalah air, PAS tetap menang.

Walaupun DUN Nenggiri merupakan milik UMNO sejak DUN itu diwartakan pada 2004 hingga tewas pada PRU14 lalu kepada PAS, ia akan tetap menjadi kawasan milik PAS pada PRK kecil kali ini.

- Advertisement -

Jadi, UMNO khususnya, dan parti-parti komponen kerajaan tidak perlu memberi bebanan berlebihan kepada calon mereka, saudara Mohd Azmawi Fikri Abdul Ghani. Nasihatkan untuk lebih bertanding sebagai under dog atau bekerja bagi mengurangkan majoriti PAS.

(Barisan Nasional (BN) Kelantan mengumumkan Ketua Pemuda UMNO negeri, Mohd Azmawi Fikri Abdul Ghani sebagai calon Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri pada 17 Ogos ini. Beliau dikatakan dikenali rapat oleh penduduk setempat)

- Advertisement -

Satu lagi faktor yang akan memberikan kelebihan kepada PAS adalah parti itu ‘membenarkan’ calon mereka sendiri, yang merupakan bekas Timbalan Ketua Pemuda Gua Musang, Mohd Rizwadi Ismail, 41, untuk terus menyertai Bersatu bagi bertanding di bawah panji Perikatan Nasional (PN). PN tahu bahawa jika calonnya tulen hadir dari Bersatu, rakyat Nenggiri mungkin teragak-agak untuk memberi undi jitu kepada PN, kerana khuatir ‘budaya lompat parti’ yang dipelopori parti Bersatu sebelum ini akan terjadi kali ke dua di DUN tersebut. Ini termasuklah desakan dalaman PN itu sendiri, yang mahukan calon dari ‘DNA’ PAS – jika tidak, masalah jentera pilihanraya seperti boikot mungkin berlaku dari kalangan ahli-ahli PAS.

(Mohd Rizwadi perlu melafazkan ikrar dan sumpah laknat untuk tidak melompat parti selepas pengunguman menjadi calon PN)

Bukan itu sahaja cabaran buat UMNO, sentimen ‘DAP’ dan ‘Islam terancam’ akan terus menjadi ‘igauan ngeri’ buat PH-BN, di mana ia akan menjadi senjata utama dimainkan oleh PN di kawasan Melayu luar bandar itu. Sebaik mana janji-janji yang akan dibawa oleh calon kerajaan untuk pembangunan dan bakal kemajuan yang dirancang bagi kawasan itu, pastinya tidak boleh menafikan faktor paling utama bagi orang Islam iaitu ke ‘syurga’.

Jadi, ia samalah jika UMNO dan PAS bertanding di kawasan DUN Rantau, sudah tentu waima Tan Sri Hadi Awang sekalipun bertanding di situ, pastinya rakyat Rantau akan tetap memberi undi majoriti kepada Tok Mat (Datuk Seri Mohamad Hasan).

Kesimpulannya, situasi politik semasa kini akan terus merugikan orang Melayu keseluruhan dalam membentuk dasar-dasar yang lebih memberikan kelebihan kepada masa depan mereka di Dewan Negara. PRU16 kelak jika dua parti Melayu terbesar, UMNO dan PAS tidak bergabung, maka siapa yang memperoleh sokongan bukan Melayu atau parti yang bersama dalam gabungan parti-parti bukan Melayu, akan terus menjadi key marker dalam membentuk kerajaan persekutuan. Gabungan ini akan terus memimpin negara, kerana Sabah dan Sarawak akan tetap mengikut majoriti di Semenanjung dan tidak menerima sentimen perkauman serta agama yang ekstrem. ‘Kerajaan Melayu’ akan kekal di negeri seperti Kelantan, Terengganu, dan mungkin Kedah serta Perlis juga.

Politik adalah untuk berkuasa dan menjadi kerajaan. Itulah kejayaan atau KPI politik.

Pendapat Ketua Editor Berita Tular yang mahukan kestabilan untuk terus kekal dan demokrasi sihat terpelihara.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
1
+1
0
+1
1
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img