spot_img
spot_img

MARA peruntuk RM48juta selenggara lot-lot premis sewanya

spot_img

Kuala Lumpur: Prestasi usahawan yang menyewa premis Majlis Amanah Rakyat (Mara) yang dapat menembusi pasaran luar negara adalah memberangsangkan apabila mencatatkan jualan sekitar RM1.8 bilion sepanjang Januari hingga Disember 2023.

Pengerusi Mara Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata, usahawan berkenaan turut membuka peluang pekerjaan kepada 14,409 orang.

Beliau berkata, pada masa kini 35 penyewa premis perniagaan Mara berjaya menembusi pasaran luar negara dengan produk masing-masing.

- Advertisement -

“Produk usahawan itu meliputi kluster makanan dan minuman serta perkhidmatan dan gaya hidup membabitkan pasaran negara Eropah, Timur Tengah, Asia dan Asia Tenggara.

“Ini membuktikan bahawa produk tempatan sudah diterima di negara luar.

“Mara akan terus komited dalam memastikan usahawan mendapat sokongan yang diperlukan untuk bersaing dalam pasaran antarabangsa sekali gus mampu mendapat tempat yang baik di pasaran global,” katanya pada Konvensyen Penyewa Mara Se-Malaysia, di sini, hari ini.

- Advertisement -

Konvensyen ini menghimpunkan 600 penyewa Mara seluruh negara dan diadakan untuk memberi peluang berinteraksi dan bertukar pandangan dalam meluaskan jaringan perniagaan masing-masing.

Sementara itu, Asyraf Wajdi berkata, sebanyak RM48 juta diperuntukkan Mara bagi menampung perbelanjaan mengurus dan penyelenggaraan fasiliti serta premis perniagaan Mara.

“Ia meliputi RM32 juta belanja mengurus dan RM16 juta diperuntukkan untuk selenggaraan premis perniagaan bagi meningkatkan imej.

“Setakat ini, berdasarkan rekod pemantauan dan semakan yang dibuat, sebanyak 6,666 premis yang telah disewakan dan hanya 6,378 premis beroperasi sepenuhnya.

“Kita dapati ada lot-lot perniagaan yang disewakan tetapi tidak beroperasi seperti digariskan Mara,” katanya.

Justeru, katanya beliau sudah mengarahkan pegawai Mara yang memantau premis untuk mengambil tindakan sewajarnya kepada penyewa yang ingkar.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang

Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img