London Escorts sunderland escorts www.asyabahis.org www.dumanbet.live www.pinbahiscasino.com sekabet.net www.olabahisgir.com maltcasino.net faffbet-giris.com www.asyabahisgo1.com www.dumanbetyenigiris.com www.pinbahisgo1.com sekabet-giris2.com www.olabahisgo.com www.maltcasino-giris.com www.faffbet.net betforward1.org betforward.mobi 1xbet-adres.com 1xbet4iran.com romabet1.com www.yasbet2.net 1xirani.com www.romabet.top 3btforward1.com 1xbet https://1xbet-farsi4.com سایت شرط بندی معتبر betforward
spot_img
spot_img

32 juta rakyat Bangladesh tiada kerja, rusuhan hingga membawa maut

spot_img

DHAKA: Ribuan pelajar membanjiri ibu kota Bangladesh, di Dhaka sebagai protes terhadap sistem kuota dalam pekerjaan di sektor kerajaan, ketika jutaan penduduk masih dibelenggu masalah pengangguran.

Aksi tunjuk perasaan semakin memuncak apabila berlaku kematian dalam kalangan peserta protes.

Malah, situasi menjadi lebih tragis apabila angka kematian terus meningkat dengan  kematian tertinggi direkodkan pada Khamis.

- Advertisement -

Dalam tempoh sehari, sekurang-kurangnya 32 maut dalam pertempuran itu, menjadikan angka keseluruhan kematian meningkat 39 orang.

Independent Television melaporkan, seramai 702 orang cedera semasa pertempuran,  termasuk 104 pegawai polis dan 30 wartawan.

Rangkaian stesen penyiar swasta itu melaporkan, pertempuran kini semakin meluas dan merebak di 26 dari 64 daerah di negara itu.

- Advertisement -

Pihak polis berkata, penunjuk perasaan bertindak agresif dengan membakar beberapa bangunan kerajaan dan kenderaan di sepanjang jalan.

“Penjenayah kini membakar dan merosakkan pejabat penyiar kerajaan BTV serta agensi pengurusan bencana negara, termasuk bangunan polis dan kerajaan,” katanya menerusi kenyataan akhbar.

Kenyataan itu dikeluarkan selepas penggantungan internet mudah alih di seluruh negara, kelmarin.

Pihak polis berkata, pihaknya mula mengenakan sekatan paling ketat dan tidak menolak kemungkinan untuk menggunakan undang-undang secara maksimum jika aktiviti vandalisme dan kerosakan masih berterusan.

Setakat semalam, perkhidmatan telekomunikasi masih terganggu di seluruh negara, kata saksi ditemui Reuters di Dhaka dan New Delhi.

Panggilan telefon dari luar negara kebanyakannya tidak dapat disambungkan, termasuk panggilan melalui internet.

Laman web beberapa akhbar berpangkalan di Bangladesh juga tidak dikemas kini, dan akaun media sosial juga tidak aktif.

32 JUTA ANAK MUDA TIADA KERJA

Protes bermula di Universiti Dhaka sejak 1 Julai lalu, sebelum merebak ke kampus dan bandar lain di seluruh negara.

Perhimpunan jalanan dianjurkan hampir setiap hari di jalan raya utama termasuk di rel kereta api.

Aksi tunjuk perasaan itu merupakan bantahan ribuan pelajar Bangladesh terhadap keputusan mahkamah mengembalikan kuota untuk sektor pekerjaan kerajaan, yang pernah dimansuhkan pada 2018.

Sistem itu memperuntukkan 56 peratus daripada jawatan dalam sektor kerajaan untuk demografi dan kelas tertentu.

Ia mencetuskan kemarahan dalam kalangan pelajar yang menghadapi isu pengangguran, dengan hampir 32 juta anak muda Bangladesh tidak bekerja atau belajar.

Demonstrasi bertukar ganas pada 15 Julai lalu, apabila ahli Liga Chatra Bangladesh, sayap pelajar parti pemerintah Liga Awami, dilaporkan menyerang penunjuk perasaan pelajar di dalam kampus Universiti Dhaka.

Sejak itu, pertempuran antara pasukan keselamatan, penunjuk perasaan dan penyokong kerajaan meningkat.

Bangladesh mengerahkan pasukan separa tentera, Batalion Tindakan Pantas yang dikenakan sekatan oleh Amerika Syarikat (AS) pada 2021 selepas didakwa melanggar hak asasi manusia.

Protes itu merupakan cabaran penting pertama buat kerajaan pimpinan Perdana Menteri, Sheikh Hasina sejak memenangi penggal keempat berturut-turut pada Januari, dalam pilihan raya yang diboikot oleh parti pembangkang, Bangladesh Nationalist Party (BNP).

 

 

Sumber – Utusan Malaysia

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img