spot_img
spot_img

Parti politik Melayu tidak pernah kuat tanpa sokongan Cina, India dan Borneo

spot_img

Kenyataan Timbalan Presiden UMNO yang mesra dengan gelaran Tok Mat Hassan yang tidak menolak kemungkinan untuk UMNO bertanding pada pilihan raya umum akan datang secara solo, tanpa menyertai mana-mana gabungan, dilihat agak sukar walaupun pilihanraya umum (PRU) seterusnya adalah pada 2027.

Malaysia menyaksikan kestabilan politik yang begitu lama selepas peristiwa 13 Mei 1969 di mana Barisan Nasional (BN) memerintah negara dengan kukuh di sokong majoriti Melayu, Cina, India dan Bumiputera Sabah serta Sarawak (Borneo).

Kemudian berlaku pertembungan parti politik Melayu antara UMNO dan PAS. UMNO masih berjaya memerintah kerajaan pusat kerana sokongan jitu MCA, MIC dan Borneo.

- Advertisement -

PAS akhirnya berjaya membina legasi politik dan pentadbiran mereka di Kelantan 3 dekad kini, selepas berjaya menumbangkan UMNO-BN pada Pilihan Raya Umum ke-8 (PRU8).

Walaupun pelbagai percubaan dilakukan oleh UMNO untuk merampas kembali Kelantan daripada Pas bermula pada PRU8 hinggalah PRU14 lalu, semuanya tidak berhasil. Sumbangan kemenangan kepada UMNO lebih banyak di kawasan majmuk kerana sokongan bukan Melayu di waktu itu.

Propaganda dan pendekatan secara Islamik seperti Pas membawa per-juangan Islam sejati, undi Pas masuk syurga dan macam-macam lagi tagline seolah-olah sudah sebati dalam jiwa rakyat Kelantan.

- Advertisement -

Tetapi PAS tidak berjaya menembusi negeri-negeri majmuk yang mempunyai ramai bilangan bukan Melayu. Jadi mereka hanya berjaya bertapak di Kelantan, Terengganu, dan baru-baru ini Kedah dan Perlis. Jadi tanpa sokongan ahli-ahli parlimen yang mempunyai kawasan bukan Melayu dan Borneo, maka PAS tidak berjaya membentuk kerajaan persekutuan.

Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) merupakan satu-satunya parti Melayu yang berjaya menggantikan tampuk pemerintahan kerajaan persekutuan daripada BN, dominasi UMNO pada PRU 14 lalu.

Pada ketika itu Bersatu di bawah kepimpinan Tun Dr Mahathir, faham bahawa untuk menubuhkan kerajaan, sokongan semua kaum diperlukan. Maka langkah luar biasa Tun Dr Mahathir menghulurkan salam perdamaian kepada musuh politik utama beliau ketika di dalam UMNO iaitu DAP, dicampur dengan PKR. Kesemua undi bukan Melayu terutamanya kaum Cina, solid kepada gabungan Bersatu, DAP, Amanah dan PKR yang berjaya membentuk kerajaan PH1.0 yang hanya bertahan 22 bulan.

Semasa PH 1.0, kerajaan itu menghadapi apa yang dialami oleh kerajaan Madani sekarang iaitu, serangan naratif dari pembangkang, pada masa itu ialah UMNO dan PAS yang membentuk gabungan Maufakat Nasional (MN) yang memainkan sentimen bahayanya DAP serta kaum Melayu semakin tergugat. Naratif itu sangat berjaya hingga UMNO berjaya merampas kembali Johor dari Bersatu.

Bukan itu sahaja, DAP juga menghadapi protes orang Cina ekoran dasar ekonomi di PRK Tanjung Piai di mana MCA telah menang pada tahun 2019, sama seperti apa yang berlaku pada PRK DUN Sungai Bakap baru-baru ini di mana orang Cina kurang memberi undi kepada PH. Orang Cina tidak berpuas hati atas dasar kerajaan semasa dalam memulihkan ekonomi, jadi mereka protes.

Maka keretakan PH1.0 tidak mampu diselamatkan lagi, Perdana Menteri Tun Dr Mahathir meletakkan jawatan dengan niat untuk dilantik semula tanpa penyertaan parti DAP, dan membentuk kerajaan campuran di mana Tun Dr Mahathir sendiri ingin memilih ahli-ahli parlimen dari setiap parti tanpa sokongan en-bloc.

Tetapi idea itu tidak kesampaian kerana ada di antara mereka dari Bersatu telah mengambil peluang untuk memegang tampuk kuasa kerajaan. Alasannya adalah sama, untuk selamatkan Melayu dari DAP. Maka terbentuklah kerajaan di bawah pimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin yang membawa PAS, beberapa ahli parlimen PKR yang belot (bermulanya episod ahli parlimen lompat-melompat) dan juga sokongan semua ahli parlimen UMNO secara en bloc.

Rakyat Malaysia terutamanya orang Melayu berasa gembira kerana kerajaan yang diberi nama Perikatan Nasional (PN) itu menggabungkan kesemua parti terbesar Melayu iaitu UMNO, PAS dan Bersatu. Buat pertama kali dalam sejarah negara, kerajaan persekutuan tidak memerlukan langsung wakil dari orang bukan Melayu dan Bumiputera. Tetapi panas hingga tengahari sahaja.

Ternyata orang Melayu tidak juga boleh bersatu walaupun sama-sama menjadi kerajaan. UMNO dan Bersatu saling bertelagah di dalam kerajaan yang sama hingga menyebabkan tekanan kepada Muhyiddin untuk meletakkan jawatan, dan diberi pula jawatan Perdana Menteri kepada pemimpin UMNO iaitu Datuk Seri Ismail Sabri.

Di bawah Keluarga Malaysia, kabinet reshuffle dilaksanakan. UMNO dan Bersatu serta PAS masih bersama. Tetapi UMNO dan Bersatu terus berlawan antara satu sama lain, hingga terjadinya PRN Melaka di mana UMNO berjaya merampas semula negeri itu. Sentimen ketika itu adalah rakyat marah kepada Muhyiddin akibat lockdown Covid19. Masa sukar buat Muhyiddin dan Bersatu.

Namun, seperti biasa, apabila UMNO memimpin di bawah Ismail Sabri, momentum positif kemenangan semakin lama semakin menurun. Trend rakyat menentang kerajaan berlaku seperti biasa kerana kerajaan tidak pernah popular di era moden ini. Ada sahaja kesalahannya. Ia berlaku di mana-mana sahaja kebanyakan negara di dunia. Tiada kerajaan akan kekal lama di era moden, kecuali jika negara itu baru merdeka atau negara itu mengamalkan sistem monarki.

Selepas Ismail Sabri memberi laluan kepada PRU15, keputusannya parti-parti Melayu berpecah, mereka tidak dapat membentuk kerajaan sendiri. Sama seperti sebelum ini sejak dari kemerdekaan lagi, tidak pernah berlaku tertubuhnya kerajaan persekutuan hanya dari ahli-ahli parlimen kawasan Melayu sahaja. Dengan campur tangan Yang Dipertuan Agong tertubuhlah kerajaan Madani dengan sokongan ahli-ahli parlimen bukan Melayu (DAP) serta Borneo.

Maka sekarang, kerajaan Madani juga menghadapi masalah sama kembali seperti PH 1.0 iaitu isu ketuanan Melayu, dan DAP. Ditambah lagi trend ahli parlimen Malaysia yang suka melompat, walaupun sudah ada RUU anti lompat parti. Jadi sampai bilakah cycle ini akan berulang ?

Kesimpulannnya, parti-parti Melayu tidak akan bersatu dan tidak akan berjaya membentuk kerajaan persekutuan dengan sendiri. Ini kerana terbukti parti-parti politik Melayu tidak boleh bersatu untuk menyatukan semua undi majoriti Melayu. Maka siapa yang berjaya memperoleh undi majoriti bukan Melayu dan Borneo, akan berjaya membentuk kerajaan persekutuan.

Ini adalah bukti dan rekod sejarah sejak merdeka, belum pernah kerajaan Melayu 100% tertubuh. Jadi bagaimana Tok Mat ingin membawa UMNO untuk bertanding solo, padahal sewaktu BN kuat pun MCA yang memberi kekuatan itu kepada UMNO ?

Undi bukan Melayu terutamanya kaum Cina sangat pragmatik. Tidak sama dengan sentimen simple undi Melayu. Kaum Cina mementingkan dasar serta kemajuan ekonomi negara. Mereka tidak terikat dengan parti.

Tidak mustahil untuk kaum Cina juga beralih memberi sokongan majoriti kepada Gerakan semula untuk memberikan PN peluang menjadi kerajaan persekutuan jika dasar-dasar Madani tidak mesra peniaga domestik. Isu-isu harga barang meningkat, subsidi diesel bersasar yang lambat nampak hasil, memberi cabaran besar buat kerajaan Madani sekarang.

 

P/S : Minoriti adalah decision maker di Malaysia – ekonomi dan politik kerana nafsu orang Melayu itu sendiri

 

 

 

 

 

 

 

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img