HONG KONG: Bitcoin terus meningkat selepas insiden penembakan di perhimpunan kempen pilihanraya Presiden Donald Trump. Insiden itu terus membawa kepada spekulasi bahawa ia akan meningkatkan peluang ahli politik dan selebriti itu untuk memenangi pilihan raya presiden buat kali ke 2.
Bekas presiden itu, yang merupakan seorang pro-crypto, berkata beliau terselamat dan ditembak di bahagian telinga kanan selepas tembakan. Insiden itu terjadi di Pennsylvania pada hari Sabtu (hari ini waktu Malaysia) semasa kempen pilihanraya Presiden kali terakhir sebelum diumumkan sebagai calon Presiden dari parti Republikan. Lawannya adalah penyandang Presiden Joe Biden yang bergelut dengan dakwaan dirinya menghidapi dementia.
Namun jurucakap kempen Trump berkata bekas presiden dalam keadaan baik selepas kejadian itu dan tidak sabar untuk pergi ke Konvensyen Kebangsaan Republikan yang bermula pada hari Isnin ini di Milwaukee.
Kini imej Trump yang menggenggam tangan selepas ditembak — dengan penumbuknya diangkat ke atas kepala dan telinga kanannya yang berdarah, dan bendera Amerika yang berkibar di latar belakang — sedang tular di media sosial dan televisyen, memberi kelebihan besar kepada dirinya.
Presiden Joe Biden berkata beliau gembira Trump selamat dan mengutuk keganasan itu.
Bitcoin meningkat sebanyak 2.1% kepada AS$59,849.84, sebelum turun pada kira-kira AS$59,426 setakat 10:25 malam, waktu New York.
Token kripto yang paling banyak didagangkan telah stabil sejak kebelakangan ini dengan keyakinan bahawa ETF daripada syarikat raksasa termasuk BlackRock Inc dan Fidelity Investments menawarkan bedrock demand yang boleh meredakan perubahan harga.