London Escorts sunderland escorts www.asyabahis.org www.dumanbet.live www.pinbahiscasino.com sekabet.net www.olabahisgir.com maltcasino.net faffbet-giris.com www.asyabahisgo1.com www.dumanbetyenigiris.com www.pinbahisgo1.com sekabet-giris2.com www.olabahisgo.com www.maltcasino-giris.com www.faffbet.net betforward1.org betforward.mobi 1xbet-adres.com 1xbet4iran.com romabet1.com www.yasbet2.net 1xirani.com www.romabet.top 3btforward1.com 1xbet https://1xbet-farsi4.com سایت شرط بندی معتبر betforward
spot_img
spot_img

Theta dan MPAJ meterai Private-Public-Partnership bangunkan bandar pintar Ampang

spot_img

PETALING JAYA: Theta Edge Berhad (Theta), peneraju inovasi terkemuka dalam solusi teknologi dan komunikasi akan melabur RM673.8 juta untuk membangunkan teknologi internet kebendaan (IOT) Ekonomi Pintar di Ampang Jaya.

Menurut kenyataannya, Theta melalui anak syarikatnya, Theta Telecoms Sdn. Bhd. telah menerima Notis Pelawaan Cadangan daripada Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) untuk membekal dan menyelenggara teknologi IOT.

Katanya, ini sebagai sebahagian daripada Inisiatif Perniagaan Pintar di bawah MPAJ bagi tempoh konsesi selama 20 tahun di bawah kolaborasi Private-Public-Partnership.

- Advertisement -

Pembiayaan projek ini akan diuruskan oleh Theta menerusi institusi kewangan tempatan dan MPAJ sebagai badan berkanun akan memudahcara keperluan pelesenan serta proses pendigitalan pentadbiran majlis secara perkongsian hasil.

Inisiatif Perniagaan Pintar ialah projek peneraju yang bertujuan untuk mengubah Ampang Jaya ke arah bandar pintar, memanfaatkan teknologi canggih untuk meningkatkan operasi perniagaan, meningkatkan perkhidmatan awam dan memacu pertumbuhan yang mampan.

Theta akan bekerjasama rapat dengan MPAJ untuk menilai dan mengenal pasti solusi bandar pintar terbaik agar transformasi Ampang Jaya untuk menjadi daerah digital bersepadu dapat dilaksanakan dan memastikan ketersediaan teknologi terkini untuk memenuhi keperluan persekitaran bandar moden yang sentiasa berubah.

- Advertisement -

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Theta, Datuk Nuraslina Zainal Abidin berkata, Theta sentiasa berada di barisan hadapan dalam usaha untuk melaksanakan penciptaan dan inovasi.

“Kontrak dengan MPAJ ini membuktikan keupayaan dan kepakaran kami dalam teknologi IOT dan dedikasi kami untuk memupuk kehidupan bandar melalui inovasi pintar.

“Kami akan menyokong sepenuhnya MPAJ dalam perjalanan majlis ini ke arah menjadi bandar pintar serta akan membantu meningkatkan kecekapan operasi majlis secara keseluruhan, meningkatkan mutu perkhidmatan kepada komuniti tempatan serta penciptaan ekosistem perniagaan yang lebih cekap,” katanya.

Persetujuan bersama ini merupakan suatu langkah utama ke arah Rangka Kerja Bandar Pintar MPAJ.

Rangka kerja ini merupakan sebuah pelan berwawasan yang telah dibangunkan pada Januari 2022 untuk projek transformasi Ampang Jaya ke arah bandar pintar dengan tumpuan diberikan kepada Infrastruktur Pintar, Ekonomi Pintar, Komuniti Pintar, Persekitaran Pintar dan Tadbir Urus Pintar. – UTUSAN

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img