London Escorts sunderland escorts 1v1.lol unblocked yohoho 76 https://www.symbaloo.com/mix/yohoho?lang=EN yohoho https://www.symbaloo.com/mix/agariounblockedpvp https://yohoho-io.app/ https://www.symbaloo.com/mix/agariounblockedschool1?lang=EN
spot_img
spot_img

Syarat menjadi doktor pakar menyusahkan di Malaysia ?

spot_img

PUTRAJAYA: Syarat tujuh tahun perlu berkhidmat dengan kerajaan bersekali dengan denda RM350,000 yang dikenakan terhadap doktor yang gagal dalam pe­ngajian di peringkat pakar, dianggap menyusahkan.

Dipetik daripada Utusan Malaysia, seorang doktor yang mahu dikenali sebagai Ali berkata, mana-mana doktor yang berhasrat untuk menjadi pakar, diwajibkan mengambil tajaan daripada kerajaan melalui biasiswa atau dikenali sebagai Hadiah Latihan Persekutuan (HLP).

Katanya, beliau adalah salah seorang ‘mangsa’ kepada ikatan perjanjian itu selepas dia tidak dapat menghabiskan pengajian ekoran tidak lulus peperiksaan klinikal pada tahun pertama.

- Advertisement -

“Saya bukan menarik diri daripada pengajian, tetapi ‘digagalkan’ beberapa kali dalam peperiksaan klinikal iaitu peperiksaan melibat­kan ujian klinikal atau amali di la­pangan.

“Peperiksaan ujian teori lain saya lulus. Disebabkan itu, saya tidak dapat meneruskan pengajian dan kini terikat dengan pe­nalti yang ditetapkan iaitu perlu berkhidmat selama tujuh tahun ditambah pula wajib membayar ganti rugi berjumlah RM350,000,” katanya di sini.

Beliau berkata, syarat sebegini amat menyusahkan kumpulan doktor yang berminat untuk menjadi pakar dan ia tentunya tidak mencapai matlamat kerajaan untuk melahirkan lebih ramai pakar perubatan di negara ini.

- Advertisement -

Bagi kumpulan pelatih prospektif yang memilih kaedah pe­ngajian kombinasi dalam dan lu­ar negara, ikatan atau ganti rugi yang dikenakan ialah tujuh tahu berkhidmat dan/atau ganti rugi berjumlah RM700,000; manakala pengajian sepenuhnya dalam negara (lima tahun berkhidmat dan/atau RM350,000), namun jika mengambil peperiksaan luar negara (enam tahun berkhidmat dan/atau RM500,000).

Bagi pelatih sedia ada pula, kaedah pengajian secara kombinasi dalam dan luar negara, ikatan atau ganti rugi yang dikenakan ialah empat tahun berkhidmat dan/atau RM350,000; manakala pengajian sepenuhnya dalam negara (tiga tahun berkhidmat dan/atau RM100,000).

Dr. Ali berkata, syarat yang di­kenakan ini adalah tidak masuk akal apabila perlu dikenakan serentak iaitu wajib berkhidmat dengan kerajaan dan bayaran penalti.

Beliau berkata, sebelum ini ikatan perjanjian tersebut adalah minimum lima tahun berkhidmat dan penalti hanya RM100,000.

“Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) tidak memberikan penjelasan terperinci mengapa perlu bayar penalti sehingga RM350,000 sedangkan kos pengajian tiga kali lebih rendah daripada penalti.

“Ramai yang mahu jadi pakar terpaksa akur dengan syarat ini termasuk program laluan selari (parallel pathway) pun diletakkan syarat sebegini,” katanya.

Menurut beliau, setiap doktor yang mahu menyambung pakar diwajibkan mengambil biasiswa ke­rajaan kerana kepakaran mereka tidak diiktiraf sekiranya membuat tajaan sendiri pengajian

Katanya, kaedah seumpama ini tidak memberikan keadilan kepada kumpulan doktor, sedangkan kerajaan sepatutnya memberikan laluan mudah bagi menggalakkan lebih ramai doktor menjadi pakar sekali gus mengukuhkan sistem ke­sihatan negara.

Sementara itu, Kumpulan Hartal Doktor Kontrak mengesahkan situasi itu yang perlu dihadapi kumpulan doktor yang ingin menjadi pakar.

Menurut jurucakapnya, Dr. Muhammad Yassin, syarat dan ikatan perjanjian itu sememangnya wujud sudah lama, cuma semenjak beberapa tahun lepas jumlah ba­yaran ganti rugi meningkat ke RM350,000.

Jelasnya, perjanjian ini dilakukan memandangkan ramai doktor pakar keluar ke swasta selepas tamat belajar, justeru, langkah ini sebagai satu cara mengurangkan doktor-doktor pakar kerajaan keluar ke swasta.

“Sekiranya ada doktor yang tidak tamat belajar sebab-sebab kesihatan atau kemalangan, mungkin boleh diberi kelepasan dari membayar penalti yang tinggi. Satu mekanisme harus dibuat supaya tidak membebankan mereka,” katanya.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img