London Escorts sunderland escorts 1v1.lol unblocked yohoho 76 https://www.symbaloo.com/mix/yohoho?lang=EN yohoho https://www.symbaloo.com/mix/agariounblockedpvp https://yohoho-io.app/ https://www.symbaloo.com/mix/agariounblockedschool1?lang=EN
spot_img
spot_img

Kenapa ‘kafir’ boleh bersatu tetapi tidak ummah ?

spot_img

Pilihanraya Kuasa Dunia 

Dihadapan mata kita, menyaksikan bahawa politik perkauman penduduk asal mendapat kemenangan di negara-negara Barat. Pihak kerajaan yang bertindak sebagai berhaluan tengah (terpaksa apabila menjadi kerajaan), perlu mengambil kira beberapa keputusan untuk tidak menjadi haluan kiri atau kanan di atas sebab kepentingan negara. Atas pilihan parti pemerintah ini, pihak pembangkang di negara-negara Barat mengambil kesempatan untuk menjadi berhaluan ekstrem, dan sesungguhnya mendapat sambutan luar biasa bagi penduduk majoriti iaitu kaum kulit putih.

Seperti sedia maklum, kaum Eropah (termasuk Amerika Syarikat (AS) – kerana mereka sememangnya berasal dari Eropah) adalah bangsa penjajah dan suka menakluk bangsa berwarna lain. Pastinya mereka tidak senang apabila ramai imigran berhijrah ke AS, Britain, Perancis dan lain-lain negara maju untuk menikmati kejayaan serta kekayaan. Kaum kulit putih ini beranggapan bahawa kaum pendatang telah merampas kekayaan dan peluang rakyat tempatan sebenar, iaitu dari kaum kulit putih.

- Advertisement -

(Pilihan raya mengejut Perancis tertumpu kepada pertembungan antara parti pimpinan pembangkang, Marine Le Pen dan parti Presiden Perancis, Emmanuel Macron)

Pilihanraya Perancis untuk memilih kepimpinan Presiden sedang berlangsung. Parti Perhimpunan Nasional (RN) pimpinan Le Pen yang bersemangat nasionalis serta anti-pendatang dijangka akan mengalahkan Presiden Emmanuel Macron. Isu harga bahan api dan dan harga makanan melambung tinggi juga menjadi cabaran kepada parti Macron untuk menepis serangan pembangkang.

- Advertisement -

Kira-kira 49 juta orang di  Perancis layak mengundi dalam pilihan raya kali ini.

Proses undi yang mempunyai dua pusingan itu, di mana pusingan pertama telah dimenangi oleh parti RN mungkin akan memberi peluang kepada parti berhaluan ekstrem itu untuk kembali berkuasa di Perancis, iaitu pertama kali sejak pendudukan Nazi pada Perang Dunia Kedua. Ini menunjukkan penduduk asal kaum kulit putih Perancis bersatu-padu dengan menolak kaum pendatang seperti yang diperjuangkan RN.

Image result for starmer rishi sunak

(Rishi Sunak dan Perdana Menteri Keir Starmer)

Di London, Raja Charles III secara rasmi tadi telah melantik pemimpin Parti Buruh, Sir Keir Starmer sebagai Perdana Menteri Britain yang baharu dengan menggantikan Perdana Menteri ‘tanpa mandat’ atau bukan dari pilihanraya; Rishi Sunak.

Rishi Sunak merupakan Perdana Menteri England berketurunan Asia pertama yang mentadbir dalam masa singkat dari Oktober 2022 hingga semalam apabila tewas dengan Ketua Pembangkang Keir Starmer.

Rishi Sunak mengakhiri pentadbiran parti konservatif di Downing Street yang telah menguasai kerajaan England selama 14 tahun, dan kini kembali kepada parti Buruh di bawah pimpinan Keir Starmer.

Majoriti rakyat England, kaum kulit putih Anglo Saxon bersatu-padu di dalam naratif parti Buruh iaitu mengetatkan serta mengurangkan kemasukan imigran dan menghantar pulang para pendatang.

Parti Buruh ini menyokong perjuangan Zionis dan tidak menyokong Palestine. Ahli-ahli parlimen berhaluan sederhana dan anti Zionis semuanya tewas akibat majoriti kaum kulit putih yang menolak naratif menyokong Palestine; di mana kebanyakannya disokong minoriti orang Islam. Jadi kaum minoriti tidak mampu mengalahkan majoriti kulit putih dalam menentukan hala tuju England pada pilihanraya kali ini.

Exclusive: Biden jumps to lead over Trump amid coronavirus concerns

(Presiden Donald Trump dan Presiden Joe Biden)

Make America Great Again dan White Supremacy adalah kelebihan bagi calon presiden AS kali ini dari Republikan, Donald Trump. Sama seperti kemenangannya pada 2017 dan kemudian tewas dengan kontroversi kepada Presiden sekarang pada 2021, Joe Biden.

Kedua-dua calon ‘orang tua’ ini baru sahaja berdebat di televisyen nasional AS. Joe Biden didakwa sedang mengalami masalah kesihatan dimentia.

Tetapi sebenarnya, jika Joe Biden tidak menghidap dimentia sekalipun, kelebihan kepada Trump tetap dimiliki oleh bilionaire itu walaupun didakwa dengan puluhan jenayah di mahkamah, kerana naratif Trump untuk majoriti kulit putih AS berjaya menyatukan mereka. Anti pendatang, sempadan diperketat, hantar pulang pendatang asing, senarai hitam negara-negara Islam dan lain-lain perkara yang mengancam kekuatan kaum kulit putih majoriti, adalah perjuangan Trump. Berbeza dengan Joe Biden dari Demokrat yang berhaluan tengah dan disokong kaum minoriti pendatang serta negeri-negeri majmuk seperti California dan New York. Manakala lain-lain negeri AS terutamanya yang berkepadatan kaum kulit putih yang tinggi, semuanya menyokong Trump.

Maka Trump menang dengan penyatuan kaum majoriti kulit putih yang berdiri teguh dibelakangnya walaupun pihak lawan cuba merosakkan reputasi beliau dengan tuduhan jenayah di mahkamah, namun tidak berjaya.

Perang Ukraine vs Russia

Ia bermula dengan provokasi dari blok Barat iaitu NATO. Russia menganggap bahawa itu merupakan suatu ancaman terhadap geopolitik dan ketenteraan negaranya. Sudah dua tahun perang meletus.

Negara Kesatuan Eropah (EU) semua bersatu padu mengenakan sekatan ekonomi terhadap Russia termasuk AS, Australia, New Zealand dan negara-negara berpaksikan AS.

Habis kesemua kekayaan bilionaire-bilionare Russia di luar negara dirampas harta, dibekukan asetnya dan merudum kekayaan mereka yang banyak dibelanja serta disimpan di negara Barat.

Konglomerat-konglomerat dunia seperti bank-bank, syarikat-syarikat perniagaan multinasional, francais makanan, dan apa sahaja perniagaan semuanya keluar dari Russia. Betapa hebatnya penyatuan negara-negara kulit putih Eropah dan AS. Mereka sangat bersatu padu walaupun hilang keuntungan berniaga dari negara berpenduduk 148 juta orang.

Rangkaian McDonald sebagai contoh, mempunyai beribu francais di Russia, terus keluar tanpa memikirkan kerugian apabila dunia mengenakan sekatan ekonomi kepada Russia.

Kini Russia hanya bergantung kepada negara Arab dan China dalam urusan perdagangan. Ekonominya semakin lama semakin mundur. Russia masih meneruskan serangannya terhadap Ukraine.

India

Parti ekstremis Hindu negara India yang menekan orang Islam di India telah menang pilihanraya negara itu minggu lepas. Perdana Menteri Narendra Modi dari parti Bharatiya Janata Party (BJP) terus berkuasa.

Untuk menang, BJP memainkan isu kebencian kepada minoriti umat Islam India yang berjumlah 172 juta orang berbanding kaum majoriti beragama Hindu mencecah 966 juta orang.

How India's institutions are failing Muslims | Islamophobia | Al Jazeera

Ternyata strategi itu berhasil. Orang Islam dipukul, dibunuh dan masjid diruntuhkan. Kaum majoriti Hindu bersatu padu. Tidak mahu kaum minoriti berkembang. Walaupun banyak hero mereka seperti Shah Rukh Khan, Salman Khan beragama Islam.

Palestine

Dikelilingi negara Arab dan negara Islam, namun tanahnya terus ‘diperkosa’, rakyatnya dizalimi dihadapan mata penduduk dunia saban hari. Tiada satu pun tindakan daripada kesatuan negara Arab mahupun organisasi negara Islam (OIC).

Malah, negara-negara Arab ini terus melakukan hubungan perdagangan dan diplomatik dengan Israel. Tanpa rasa bersalah terhadap bangsa mereka yang disembelih zionis.

Turki sebagai contoh mengambil peluang menjual makanan segar kepada Israel apabila tanah Palestine di bom.

UAE, Jordan, Arab Saudi, Qatar dan lain-lain masih tidak mampu mengenakan apa jua sekatan ekonomi terhadap negara kerdil dan minoriti yahudi di tengah-tengah tanah timur tengah yang dikelilingi majoriti bangsa Arab.

Rakyat Palestine terus menderita. Orang Islam seluruh dunia berdoa supaya Allah SWT menolong umatnya. Namun Allah SWT telah memberi kekayaan sumber alam kepada bangsa Arab, tetapi mereka tidak menggunakannya untuk kebaikan serta mempertahankan ummah, tetapi terus membekalkan minyak untuk jet-jet dan kereta perisai menggempur anak-anak Arab.

Ternyata ummah dan Arab tidak bersatu untuk membela bangsa mereka di Palestine. Manakala Kesatuan Eropah dan negara barat majoritinya bersatu menolong serta menyokong Israel, kaum kulit putih.

Malaysia

Terbalik dari apa yang berlaku di seluruh dunia, tetapi sinonim dengan bangsa Arab. Kaum majoriti Melayu tidak mampu mempunyai kekuatan ekonomi dan politik. Mereka umpama buih dilautan. Masing-masing berkata mereka ‘terpaling’ membela Melayu dan Islam.

Hakikatnya pemimpin ‘kafir’ lebih bersatu padu. Orang ‘kafir’ di Malaysia lebih bijak politik. Mereka setumbuk dalam memberi sokongan untuk kemenangan. Mereka faham dalam politik ‘tiada yang baik mahupun tiada yang jahat’. Tetapi yang penting bagi mereka adalah, pihak mana yang boleh menjamin hak dan masa depan mereka.

Mereka tidak berpecah. Mereka minoriti, tetapi terbesar kekuatan di parlimen Malaysia. Siapa ingin jadi kerajaan, perlukan mereka.

Tiada Kesimpulan

Jadi, kenapa umat Islam dunia sekarang tidak boleh bersatu ? Di manakah silap ajaran Al-Quran atau sememangnya ramai umat Islam tidak terpelajar ?

 

 

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
1
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img