spot_img
spot_img

Awantec berjaya peroleh kontrak KPM RM25.69 juta

spot_img

CYBERJAYA: Awanbiru Technology Bhd (Awantec) menerusi anak syarikat milik penuhnya, Awantec Systems Sdn Bhd (ASSB) mendapat kontrak bernilai RM25.69 juta untuk menyediakan langganan Google Workspace for Education Plus dan Google Cloud Platform kepada sekolah di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).

KPM mengeluarkan Surat Penganugerahan kepada ASSB pada 1 Julai 2024 dan ASSB menerimanya pada 4 Julai 2024.

Pemeteraian perjanjian antara KPM dan ASSB akan dilaksanakan tidak lama lagi.

- Advertisement -

Di bawah kontrak itu, ASSB akan menyediakan penyelesaian berasaskan awan seperti Google Workspace for Education dan Google Cloud Platform kepada semua sekolah di bawah KPM.

Ia adalah pembaharuan kontrak yang sebelum ini diberikan oleh KPM kepada ASSB bagi pembekalan ‘Perisian G Suite Enterprise’ bagi sekolah di bawah KPM untuk tempoh tiga tahun, berkuat kuasa dari 9 Julai 2021 hingga 8 Julai 2024.

Kontrak berkenaan telah diumumkan Awantec pada 9 Julai 2021.

- Advertisement -

 

Sumber : Berita Harian

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img